Video dimuat naik oleh seorang bapa di TikTok baru-baru ini meraih perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi warganet.
Menerusi video tersebut, dia menceritakan pengalaman menaiki kapal terbang bersama namun tidak dimaklumkan bahawa tempat duduk mereka bersebelahan dengan pesakit kronik.
Rakaman tersebut telah pun dipadam di akaun TikTok namun telah dimuat naik semula oleh pengguna media sosial yang lain di Instagram.
Berdasarkan video itu, dia berkata anak-anaknya berasa takut dan trauma kerana ia merupakan pertama kali mereka melihat pesakit kronik.
Anak anak jadi sangat takut dan trauma sebab tak pernah tengok orang sakit teruk macam tu depan mata…”
Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dan sesetengah netizen di Instagram mengkritiknya kerana merakamkan situasi tersebut.
Ramai yang turut menegurnya dan berkata seharusnya sebagai ibu bapa dia mengambil peluang situasi itu untuk menerangkan serta mendidik anaknya.
Rata-ratanya berkata itulah masa yang sesuai untuk dia mengajar anak sifat empati, ajar untuk mendoakan kesembuhan orang lain atau boleh didik mereka untuk bersyukur kerana sihat tubuh badan.