Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Pastikan Mereka Vaksin Dulu..” Kena ‘Warning’ Dengan Suami Lana Nodin, Michael Ang Sedia Bersemuka

Pengarah drama terkenal, Michael Ang berkata dirinya ada menerima amaran daripada suami pelakon Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya yang membidas pendapat aktres itu yang tampil mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Advertisement

Kata Michael, dia bersedia untuk bersemuka secara berhadapan bagi menyelesaikan perbalahan yang terjadi antara mereka namun dengan syarat, pasangan itu harus mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Instagram Michael AngSumber : Instagram Michael Ang  

Menurut pengarah drama Love Elsa ini lagi, David ada memberi amaran dan meninggalkan komen ketika dia sedang melakukan sesi siaran langsung di Instagramnya, baru-baru ini.

“Dia masuk dalam sesi IG Live saya dan tinggalkan komen macam tu. Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dahulu. Sebab saya memang tak nak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksin, itu pendirian saya..”

Michael dalam pada itu berkata bahawa dia tidak ambil kisah mereka menolak pengambilan vaksin kerana ia merupakan hak individu namun apabila pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menuduh DG Hisham berpura-pura penat dan berlakon, perkara tersebut adalah merupakan suatu kebodohan yang ditonjolkan oleh Lana.

Advertisement

Terdahulu, Lana ada memuat naik di Instagram Story yang menempelak Michael yang baginya sering masuk campur dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan artis.

Lana NodinSumber : Instagram Lana Nodin  

Dalam pada itu, Michael berkata dia langsung tidak mengambil pusing kritikan yang dilemparkan kepadanya di media sosial kerana merasakan ia sebagai satu tindakan yang sia-sia jika terus melayan pendapat tidak bermanfaat seperti itu.

Michael juga sempat memberi nasihat kepada rakan-rakan artis agar menggunakan pengaruh dan populariti yang ada untuk menyebarkan perkara-perkara yang positif dan juga bermanfaat kepada pengikut mereka di media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. Anonymous

    August 2, 2021 at 9:43 am

    MA, pls sue lana and her very the proud mat salleh husband. If he can sue u calling his wife bimbo, u also can sue his wife cause body shaming and used in appropiate words. Lets see whether they hv any money or not. Almaklumla nmpk sgt laki mat salleh tu xkeje…..tu yg mengamuk xtentu psl. Klu kebal sgt pg la keje. Dr hisham xlarang pn n bkn ada polis jg kat luar rmh. Ramai jer org pg keje. Nak ngan xnk jaa….pndi2 la jg sop ,ambik vaksin dan plg penting doa byk2 utk ikhtiar pelindungan. Klu ko pg party blh plak.

  2. Anonymous

    July 29, 2021 at 10:19 am

    ah aper sial laaaa… acah-acah bangga dengan laki mat salleh,,, laki ko tu bute mata… jenis melayu pun tak hingin buat bini ko nih…. muke plastik.. kopek plastik… x payah nk bangga sangattt dengan bangsa pengotor tu..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top