Pasti Nak Lagi! Jom Cuba Makanan Tahun Baru Cina Yang Popular Dan Unik Di Malaysia

Kehidupan

Pasti Nak Lagi! Jom Cuba Makanan Tahun Baru Cina Yang Popular Dan Unik Di Malaysia

Perayaan terbesar di Malaysia, Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama sahaja lagi. Hanya lebih kurang seminggu lebih, ramai rakyat berbangsa Cina rata-rata sedang giat mempersiapkan diri dan ahli keluarga dengan keperluan seperti makanan dan pakaian untuk sambutan perayaan itu pada tahun ini.

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan hidup dalam keadaan majmuk pastinya membuatkan kaum-kaum lain seperti Melayu dan Indian (menyebut beberapa contoh) untuk turut menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan cara kita yang tersendiri.

Advertisement
Tahun Baharu CinaSumber : Google  

Contohnya seperti makanan tradisional kaum Cina yang pastinya datang dengan pelbagai variasi dan kepelbagaian seperti diolah menjadi makanan halal dan sebagainya.

Oleh itu, kami sediakan senarai makanan yang sering dihidangkan oleh kaum Cina sewaktu perayaan yang anda boleh cuba. Pastinya nak lagi!

1.Rou Gan (Bakhwa)

Rou GanSumber : Google  

 

Dikenali juga sebagai Bakhwa, ia merupakan sejenis hidangan berupa hirisan dagin nipis yang mempunyai rasa manis. Rou Gan adalah daging ayam yang dihiris halus, disalut dengan madu dan kemudiannya dipanggang sehingga masak. Pastinya, daging tersebut lebih enak dan ‘juicy’!

2. Nian Gao (Kuih Bakul)

Hidangan ini boleh diibaratkan sebagai kuih dodol dalam masyarakat Melayu namun lebih kenyal kerana ia dimasak lebih lama.

 

Kuih BakulSumber : Google  

 

Secara harfiah, Nian Gao bermaksud tahun tinggi dan masyarakat Cina percaya bahawa ia merupakan simbol kepada semakin tahun semakin tinggi daripada segi pencapaian ataupun kewangan.

3. Yee Sang

Juga dikenali sebagai Yu Sheng dalam bahasa Mandarin, hidangan penuh rasa ini terdiri daripada bahan salah, ikan, sos plum dan juga kekacang serta diserikan lagi dengan hirisan ikan salmon atau Abalone.

 

Yee SangSumber : Google  

 

Yee sang ini diibaratkan sebagai kemewahan dan kekayaan dan cara memakannya juga unik kerana setiap ahli keluarga perlu sama-sama melambung hidangan itu sambil bercakap atau berdoa dengan perkara yang baik-baik.

4. Karipap Kacang

Karipap kacangSumber : Google  

 

Berbeza daripada karipap biasa, karipap kacang atau dikenali sebagai Kok Chai ini diisi dengan kacang, bukannya sardin atau kentang.

Manakala isi luarnya sedikit keras dan rangup.

5. Keropok Rumpai Laut

Hidangan paling mudah dan rasanya menjadi kegemaran masyarakat kerana rasanya yang sedap.

 

Keropok rumpai lautSumber : Google  

 

Hanya memerlukan kulit popia dan rumpai laut, rasanya yang rangup serta masin-masin rumpai laut itu pasti memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Dan pastinya banyak lagi hidangan sinonim dengan Tahun Baru Cina yang boleh dijamah seperti kuih kapit gulung, kuih bangkit serta manisan-manisan yang lain.

Apa-apapun, BeautifulNara ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya! Gong Xi Fa Cai!

Penyewa pengotor
2 years ago

Penyewa Dari Neraka, Tuan Rumah Terpaksa Halau Kerana Pengotor Tahap Tak Masuk Akal

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...