Penyewa Dari Neraka, Tuan Rumah Terpaksa Halau Kerana Pengotor Tahap Tak Masuk Akal

Kehidupan

Penyewa Dari Neraka, Tuan Rumah Terpaksa Halau Kerana Pengotor Tahap Tak Masuk Akal

Tular di media sosial TikTok apabila seorang individu yang dikenali sebagai Rizalmaruhan mendedahkan sikap buruk seorang penyewa kediamannya yang pengotor.

Dalam video tersebut, lelaki itu menunjukkan foto ‘penyewa dari neraka’ itu apabila ada sisa ikan yang dibiarkan serta air kencing disimpan dalam botol air mineral.

Advertisement

Jelas Rizalmaruhan lagi, penyewa tersebut sebelum ini tidak pernah culas atau terlepas membuat bayaran sewa bulanan sekaligus menyebabkan dia tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan semasa rumah yang disewakannya itu.

Namun, sikap pengotor penyewa berkenaan terbongkar apabila dia menerima aduan daripada rakan penyewa lain di mana wujud bau tidak menyenangkan dari salah satu bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

 

Penyewa rumah sewa pengotorSumber : TikTok  

 

Dia kerja bagus, kereta pun bukan biasa-biasa. Ditambah lagi penampilannya yang sentiasa kemas dan tak pernah ada masalah membayar sewa, saya tak sangka pula bilik dia jadi macam tu.

Menurut penyewa lain, setiap minggu dia keluar mencuci kereta, tapi mereka tidak pernah melihat dia mandi atau memasak di dapur.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil mengecam sikap pengotor penyewa berkenaan dan menganggap golongan seperti wujud itu tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Korang ada pengalaman berhadapan penyewa rumah pengotor? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Abang rogol adik
2 years ago

"Sayang Biarlah Berpada-Pada.."- Remaja 13 Tahun Dir*gol Abang Kandung, Ibu Pertahan Anak Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...