Pasangan Tular Naik Motosikal Bersama Bayi Sakit Maklum Ada Rancang Nak Kahwin Pada Minggu Hadapan

Kehidupan

Pasangan Tular Naik Motosikal Bersama Bayi Sakit Maklum Ada Rancang Nak Kahwin Pada Minggu Hadapan

Pasangan yang ‘viral’ ketika dirakam membawa bayi dengan alat bantuan pernafasan mengakui bahawa mereka sebenarnya belum bernikah.

Namun begitu, mereka memaklumkan akan berkahwin pada minggu depan.

Advertisement

Sebelum ini, imam masjid Al Makrufi Alor Setar tampil membuat pendedahan bahawa pasangan itu sebenarnya bukan suami isteri namun tinggal bersekedudukan.

Pendedahan itu dibuat setelah ramai yang mengecam tindakan kariah tempat tinggal pasangan itu yang dikatakan ‘tutup mata’ melihat keadaan kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, menurut sumber, pasangan itu telah diberikan bantuan sewajarnya selain imam masjid itu enggan bersubahat menyembunyikan perkara sebenar serta sudah bertindak memisahkan tempat tinggal pasangan itu sebelum ini.

@bharianmy

Pengurusan Masjid Al Maarufi Seberang Kota, di sini menafikan dakwaan orang ramai bahawa pihaknya tidak mengambil berat terhadap pasangan yang tular selepas membawa anak mereka yang memakai alat pernafasan dengan menunggang motosikal untuk ke hospital, baru-baru ini. beritaditiktok

? original sound – Berita Harian – Berita Harian

Ketika ditemui, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azlan berkata mereka berdua ingin mendahulukan anak yang sakit sebelum mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini kami sudah merancang untuk berkahwin. Namun kami lebih utamakan kesihatan anak kami. Jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak kami yang sakit.

Tetapi kami memang dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen berkahwin kepada ustaz (imam masjid).

Azlan juga mendedahkan kekasihnya itu sudah bercerai dengan suami terdahulu sejak Ogos yang lalu dan mempunyai bukti kukuh berkenaan hal itu.

Azlan dan kekasihnya sebelum ini mencuri tumpuan warga maya gara-gara sebuah foto memaparkan mereka membawa kanak-kanak memakai tiub oksigen atas motosikal.

Netizen mula memberi bantuan dari segi wang ringgit serta turut dihadiahkan sebuah kereta kepada pasangan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SIA Turbulence
7 months ago

"Tiba-Tiba Pesawat Terjunam" - Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Tragedi Pesawat SIA, Sempat Pakai Tali Pinggang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...