Pasangan Tinggalkan Mayat Anak Umur 2 Tahun, Tergamak Curi Kereta Individu Cuba Beri Bantuan Kemalangan

Berita

Pasangan Tinggalkan Mayat Anak Umur 2 Tahun, Tergamak Curi Kereta Individu Cuba Beri Bantuan Kemalangan

Kejam! Itu yang boleh dikatakan apabila satu pasangan lelaki dan wanita telah nekad melarikan diri dan meninggalkan mayat seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dipercayai anak kepada wanita itu setelah terbabit dalam sebuah kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, Tampin.

Apa yang lebih mendukacitakan, pasangan itu telah tergamak mencuri kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik pemandu yang cuba menolong mereka setelah terlibat dalam kemalangan itu.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, pasangan berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu memandu kereta Proton Iswara Aeroback difahamkan cuba untuk memotong sebuah lori sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab di mana dia memaklumkan pasangan itu bersama seorang kanak-kanak sedang dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun telah tercampak ke tengah jalan raya sebelum digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Ujar Anuwal lagi, pasangan tersebut telah berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan hasil pemeriksaan telah menemui dadah dalam kenderaan yang dipandu mereka berdua.

Lelaki yang ditangkap turut mempunyai 14 rekod dadah, manakala wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak yang maut juga mempunyai 1 rekod dadah. – Kosmo Online.

5 bulan lalu

Pembuang Saka Terkenal Dicekup Di Melaka, Disyaki Khalwat Dengan Janda Anak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...