Pembuang Saka Terkenal Dicekup Di Melaka, Disyaki Khalwat Dengan Janda Anak Satu

Berita

Pembuang Saka Terkenal Dicekup Di Melaka, Disyaki Khalwat Dengan Janda Anak Satu

Seorang warga emas berusia 60-an yang juga merupakan pengasas pusat perubatan dicekup pihak berkuasa di Masjid Tanah, Melaka selepas dipercayai berkhalwat.

Dia yang juga terkenal dengan perkhidmatan membuang saka dari jarak jauh itu ditahan malam tadi jam 11.30 malam oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di sebuah rumah teres.

Advertisement

Menurut Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, serbuan dilakukan selepas orang awam membuat aduan dan pemeriksaan premis itu mendapati sepasang lelaki dan wanita bersekedudukan tanpa dokumen sah pernikahan.

Pengasas pusat perubatan dari negara jiran itu didapati tinggal bersama seorang janda berusia 40-an. Pada mulanya mereka mengaku telah berkahwin sejak 2012 namun gagal kemukakan dokumen sah pernikahan.

Sementara itu, pihak JAIM juga sedang memantau kaedah perubatan jarak jauh membuang saka yang ditawarkan warga emas itu.

Kita sedang menunggu keputusan terakhir daripada pihak Jawatankuasa Fatwa dan jika kaedah rawatan digunakan itu disahkan bertentangan dengan ajaran Islam, maka perbuatan itu akan dihalang.”

JAIM juga dikatakan menasihati para pengikutnya untuk tidak mendekati kaedah rawatan berkenaan.

Warga emas itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pakej katering tipu scam
2 years ago

'Scam' Bakal Pengantin Hampir RM53k, 'Wedding Planner' Ditahan Polis Lepas Tukar Nama Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...