Seorang pemuda dan gadis berusia awal 20-an ditemui meninggal dunia tanpa seurat benang di dalam sebuah kereta yang diparkir sementara di dalam bengkel.
Kejadian yang berlaku di Banda Aceh itu ditemui pihak polis pada jam 3 petang keesokannya.
Difahamkan, pasangan itu tiba di bengkel sekitar jam 4 pagi dan pekerja bengkel yang menemui mereka memberitahu bahawa kedua-duanya sudah tidak sedarkan diri.
Mangsa lelaki yang turut bekerja di bengkel sama dilaporkan hilang ketika bertugas dan tidak dapat dihubungi. Kerana berasa curiga, 3 orang staf yang lain datang kembali pada waktu petang dan menemukan pasangan berkenaan telah meninggal dunia dalam keadaan mengaibkan.
Enjin kereta juga dilaporkan masih hidup, serta tingkap dan pintu yang tertutup rapat. Doktor yang memeriksa mangsa telah memberitahu bahawa kedua-dua mereka telah mengalami keracunan gas monoksida.
Keluarga mangsa juga akur dengan pemergian mangsa dan tidak mahu sebarang post-mortem dilakukan terhadap jenazah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.