“Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah” – NGO

Berita

“Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah” – NGO

Pengerusi Yayasan Ikhlas iaitu sebuah badan NGO, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin memaklumkan bahawa negara telah mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah yang membabitkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun.

Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan menjadi mangsa seksual abang sendiri yang terpengaruh dengan video pornografi.

Advertisement
Yayasan IkhlasSumber : Sinar Harian  

Menurut Zainur, kes tersebut dilaporkan berlaku tiga tahun lepas di Pulau Pinang dan ia semakin membimbangkan kerana sebelum ini hanya melibatkan remaja berusia 17 dan 18 tahun.

Di Negeri Sembilan dan Terengganu ada kes kanak-kanak 11 tahun. Ini amat membimbangkan kerana kadar remaja yang terlibat dengan kes kelahiran anak tidak sah taraf meningkat 11 peratus.

Satu daripada 10 remaja di negara ini pernah melakukan hubungan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.

Ujarnya lagi, pelaku kebanyakannya terdiri daripada remaja lelaki yang berada dalam lingkungan usia 13 hingga 16 tahun yang terdedah dengan media sosial berkaitan seksual  seperti pornografi di aplikasi Whatsapp atau telegram.

Hamil bawah umurSumber : Google  

Antara faktor lain yang turut menyumbang seperti cinta, kerelaan sendiri, konflik keluarga dan juga kemiskinan.

“Keluarga orang susah, ibu menjual kuih dan bapa bekerja dua syif. Mereka tiada masa untuk anak menjadi punca keterlanjuran itu berlaku.” cerita Zainur.

Berikutan itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing dan sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak dan mendekati mereka dengan lebih baik dan santun. – Sinar Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cabul warga emas
9 months ago

(VIDEO) Terang-Terangan Buka Seluar, Penagih Dadah Warga Asing Cuba Cabul Warga Emas Di Tempat Awam

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...