Pasang ‘Hidden Cam’ Dalam Rumah ‘Ex’ Suami Sebab Nak Tahu GF Baru Sesuai Jadi Ibu Tiri Atau Tak

Dunia

Pasang ‘Hidden Cam’ Dalam Rumah ‘Ex’ Suami Sebab Nak Tahu GF Baru Sesuai Jadi Ibu Tiri Atau Tak

Seorang individu yang tidak dikenali identiti mendedahkan satu cerita yang mengejutkan apabila isteri sendiri memasang kamera tersembunyi di dalam rumah bekas suaminya.

Melalui laporan Mirror, lelaki terbabit berkongsikan kisah tersebut di laman Reddit dengan meminta nasihat orang ramai apa yang perlu dilakukan oleh beliau.

Advertisement

Lelaki yang berumur 34 tahun berkata, isterinya bernama Claire mula berkelakuan pelik selepas mengetahui bekas suaminya, Adam yang juga merupakan bapa kepada anak Claire telah bercinta dengan seorang wanita lain kira-kira lapan bulan lalu.

wanita 'stalk' bekas suamiSumber : Gambar hiasan  

Kerana berasa tidak puas hati, Claire membuat satu keputusan yang ‘aneh’ apabila dia meletak kamera tersembunyi secara senyap-senyap di dalam rumah Adam semasa lelaki terbabit bercuti bersama teman wanitanya.

Lelaki berkenaan mendedahkan, rahsia isterinya meletakkan kamera tersebut di rumah Adam terbongkar apabila dia terbaca perbualan diantara isteri dan mak mertuanya.

Saya dah beritahu dia ini salah dari segi undang-undang tapi Claire kata dia hanya akan buat ni sampai girlfriend Adam tu pass vibe check.

Isu terbabit telah mengakibatkan dia dan Claire bertengkar selepas meminta wanita tersebut menghentikan perbuatan yang dilakukannya, malah turut dituduh tidak menghirau kebajikan anak-anak tirinya.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata menyuruh lelaki itu untuk memberitahu Adam berkenaan kamera tersembunyi yang ada dirumahnya itu dan ada juga yang mendakwa Claire masih belum melupakan bekas suaminya.

2 years ago

Mayat Wanita Hamil 9 Bulan Lahirkan Anak Ketika Mahu Dikebumikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mirror

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...