Mayat Wanita Hamil 9 Bulan Lahirkan Anak Ketika Mahu Dikebumikan

Dunia

Mayat Wanita Hamil 9 Bulan Lahirkan Anak Ketika Mahu Dikebumikan

Seorang wanita melahirkan anak di dalam keranda selepas meninggal dunia menjadi bualan penduduk tempatan di perkampungan Mthayisi.

Menurut laporan Utusan, wanita yang dikenali sebagai Nomveliso Nomasonto Mdoyo telah meninggal dunia ketika 9 bulan mengandung dan mayatnya disimpan sehingga hari ke-10 kematiannya.

Advertisement

Ibu kepada wanita itu, Mandzala Mdoyi, menceritakan anaknya meninggal dunia secara tiba-tiba akibat sesak nafas.

Mayat

Sehingga kini, kami tak faham macam mana orang yang sudah meninggal dunia boleh melahirkan anak.

Menurutnya Mandzala, 76, sepanjang hidupnya perkara seperti itu tidak pernah berlaku.

Mengapa hal ini terjadi pada anak saya?

keranda

Mediang Nomveliso melahirkan bayinya ketika mayatnya dibawa ke kubur untuk pengebumian. Petugas di kubur menemukan bayi di celah kakinya, namun bayi itu sudah meninggal dunia.

Petugas perkuburan kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Sehingga kini, penduduk di Mthayisi masih bercakap mengenai insiden itu, malah ada yang mengaitkannya dengan amalan sihir.

jenazah
2 years ago

"Jenazah Sudah Mengeras Dan Membusuk" - Yakin Anak Masih Hidup, Suami Isteri Simpan Mayat Di Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...