Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan rasa berang apabila seorang lelaki membuat percubaan lawak lucah terhadap anaknya, Kasih Iris Leona di Facebook dan Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Azhar dilihat telah mengajak lelaki tersebut untuk berjumpa kerana tidak puas hati dengan komen yang ditinggalkan individu terbabit.
Lelaki itu dipercayai telah menulis komen ‘Papa pinjam leona semalam’ sekaligus membuatkan Azhar berang dan naik angin.
Azhar kemudian membuat ‘posting’ berbaur amaran di Instagram dan Facebooknya dan ia turut menuai perhatian dan respon daripada netizen.
Di ruangan komen, ramai netizen merasakan lelaki itu layak dimalukan kerana berani meninggalkan komen lucah terhadap wanita lain.
Terdahulu, Kasih Iris Leona sering menjadi tumpuan warga maya kerana penampilannya yang seksi dan terdedah di media sosial.