“Papa Pergi Sephora Sorang-Sorang” – Minta ‘Makeup’ Terus Dibelikan, Ramai Cemburu Layanan ‘BF’ Zarina Anjoulie

Hiburan

“Papa Pergi Sephora Sorang-Sorang” – Minta ‘Makeup’ Terus Dibelikan, Ramai Cemburu Layanan ‘BF’ Zarina Anjoulie

Hubungan percintaan antara pelakon, Zarina Anjoulie dan teman lelaki, Datuk Seri Elzy sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila sering berkongsi kemanisan hubungan percintaan mereka di media sosial.

Bukan itu sahaja, Datuk Elzy yang dilihat tidak berkira mengenai wang ringgit dengan kekasihnya Zarina atau lebih mesra disapa Anju telah menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Advertisement

Menerusi hantaran di TikTok, Anju telah menerima pelbagai hadiah daripada kekasih hatinya itu seperti rumah banglo, seutas gelang tangan emas, dan tempahan baju perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, Anju telah meminta Elzy untuk membelikan alat solek baharu untuknya dan tanpa berlengah masa, usahawan itu terus pergi ke premis kecantikan seorang diri.

Papa dah belikan untuk mama ok, ini yang mama nak kan? Papa dah macam perempuan dah sayang masuk Sephora ni.

Susulan itu, Anju turut mengucapkan terima kasih kepada teman lelakinya itu kerana sanggup membelikan alat solek yang dikirim.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihatan layanan baik yang diterima oleh Anju dan berharap kemanisan percintaan mereka itu kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Malah, ada juga segelintir warga net yang meminta agar suami mereka menjadi seperti Elzy yang tidak malu membeli barangan wanita seorang diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) Tempah Baju Kahwin, Ramai Ucap Tahniah Buat Zarina Anjoulie & Teman Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...