“Panggillah Abang Atau Sayang” – Hanya Panggil Nama, Netizen Tegur Isteri Haqiem Rusli Kurang Sopan

Hiburan

“Panggillah Abang Atau Sayang” –  Hanya Panggil Nama, Netizen Tegur Isteri Haqiem Rusli Kurang Sopan

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, sudah tentunya pasangan muda Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea menjadi perhatian terutamanya peminat mereka.

Telatah mereka berdua mendapat perhatian baru-baru ini dan pasangan ini dikatakan ‘sweet’ ketika sesi IG Live di Instagram Anis.

Advertisement

Ketika itu, Haqiem ada menyelit dan mengusik isterinya itu dan Anis kemudian dilihat berseloroh dengannya kerana mempunyai air wuduk untuk menunaikan solat.

Tak payahlah Haqiem. Kau kang…”

@_.intannorshalira

Comel je dorg ni?? #haqiemrusli #anissofea #haqiemsofea #hrxas

? original sound – ????? ??????? – ????? ???????

Bagaimanapun, ada seorang individu berasa kurang senang dan menegur Anis kerana memanggil suaminya hanya dengan nama. Individu tersebut berkata seharusnya dia memanggil Haqiem dengan panggilan ‘abang’ atau ‘sayang’.

Panggillah abang atau sayang. Nampak lebih hormat dan sopan.”

Beberapa individu lain juga turut dilihat menegur Anis tentang isu memanggil ‘Haqiem’ itu dan berkata tidak baik jika seorang isteri hanya memanggil suami dengan nama.

Namun ada juga netizen yang berpendapat ianya bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu dan berkata terpulang kepada pasangan itu untuk panggil apa sekali pun.

Baca: Haqiem Rusli Anggap Rezeki & Populariti Tidak Bergantung Pada Status

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...