“Panggil Orang Tah Apa-Apa Je!” – Stesen TV Islamik Kena ‘Bash’ Jemput Kak Long Sebagai Tetamu?

Hiburan

“Panggil Orang Tah Apa-Apa Je!” –  Stesen TV Islamik Kena ‘Bash’ Jemput Kak Long Sebagai Tetamu?

Boleh dikatakan sejak beberapa minggu yang lalu, nama Kak Long ataupun nama sebenarnya Wan Noor Baizura menjadi perbualan ramai kerana difahamkan membuat kecoh di sebuah kedai serbaneka.

Kali ini, namanya disebut lagi orang ramai apabila mendapati beliau dijemput ke sebuah stesen televisyen Islamik terkenal untuk menjadi tetamu di salah sebuah program mereka.

Advertisement

Biarpun hantaran asal mengenai hal itu telah dipadam oleh hos serta akaun rasmi stesen TV terbabit, namun terdapat seorang pengguna media sosial sempat ‘screenshot’ dan kongsikan dalam Twitter beliau.

Melihat dari ciapan tersebut, posting yang dibuat oleh salah seorang pendakwah bebas di Malaysia ini bergambar bersama hos serta Kak Long 7E itu.

Namun, difahamkan ciapan itu telah dipadam serta disembunyikan oleh pemilik akaun biarpun belum 24 jam hantaran itu dikongsikan dalam laman media sosialnya.

komen twitter

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen sememangnya mempersoalkan tindakan stesen TV terbabit menjemput Kak Long 7E kerana bagi mereka ramai lagi orang-orang berilmiah yang boleh dijadikan sebagai tetamu program mereka.

Sedar akan kecaman yang diterima, pihak stesen TV Islamik itu telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara episod terbabit.

Untuk tambah kenyataan, pihak TV tersebut turut mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diterima dari orang ramai dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan yang lebih berilmiah.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

kak long reviu makanan
2 years ago

"Sampai 'Lingkup' Restoran.."- 'Kak Long' Dah Mula Reviu Produk, Netizen Pelik Ada Pihak Yang Sanggup Ambil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...