“Sampai ‘Lingkup’ Restoran..”- ‘Kak Long’ Dah Mula Reviu Produk, Netizen Pelik Ada Pihak Yang Sanggup Ambil

Kehidupan

“Sampai ‘Lingkup’ Restoran..”- ‘Kak Long’ Dah Mula Reviu Produk, Netizen Pelik Ada Pihak Yang Sanggup Ambil

Minggu lalu agak kecoh di media sosial mengenai video ‘kak long’ yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka kerana tidak dapat menerima hakikat anak lelakinya telah dituduh mencuri.

Kemudian, wanita itu menjadi sebutan netizen sekali lagi apabila bertindak memaki hamun pekerja di sebuah restoran makanan segera kerana kehabisan ais dan sos pencicah.

Advertisement

Menyedari dirinya dikecam, dia kemudian tampil membuat permohonan maaf kepada netizen di luar sana atas keterlanjuran perbuatannya itu.

Baru-baru ini, ‘viral’ pula kisah dia sudah mula membuat ‘review’ atau ulasan makanan di sebuah kafe yang terletak di Terengganu dan video tersebut telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial.

Perkara itu kemudian telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa hairan kerana ada yang sanggup memanggil wanita itu untuk membuat ulasan produk atau perkhidmatan sedangkan ‘kak long’ itu telah dikenali sebagai seorang yang biadab.

Kata netizen, pengusaha atau peniaga tidak sepatutnya memanggil seseorang yang terkenal dengan perkara yang tidak bermanfaat dan mula dianggap sebagai ‘influencer’ oleh orang ramai.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa ianya rezeki buat kak long dan perkara tular yang sebelum ini terjadi seharusnya tidak perlu diungkit kembali dan mungkin juga wanita itu sudah insaf serta tidak akan mengulanginya lagi.

Namun, yang paling kasihan apabila restoran itu pula yang menerima tempias kerana ramai pengguna media sosial telah meninggalkan ‘bad review’ di Google sebagai tanda boikot akibat memanggil kak long tersebut untuk membuat ulasan makanan di kafe mereka.

mengamuk di pasaraya
2 years ago

(VIDEO) "Mak Anak Sama B*doh!" - Tak Boleh Terima Anak Dituduh Mencuri, Ibu Mengamuk Siap Buat 'Live' FB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...