Boleh dikatakan sejak beberapa minggu yang lalu, nama Kak Long ataupun nama sebenarnya Wan Noor Baizura menjadi perbualan ramai kerana difahamkan membuat kecoh di sebuah kedai serbaneka.
Kali ini, namanya disebut lagi orang ramai apabila mendapati beliau dijemput ke sebuah stesen televisyen Islamik terkenal untuk menjadi tetamu di salah sebuah program mereka.
Biarpun hantaran asal mengenai hal itu telah dipadam oleh hos serta akaun rasmi stesen TV terbabit, namun terdapat seorang pengguna media sosial sempat ‘screenshot’ dan kongsikan dalam Twitter beliau.
Salam @TVAlhijrah kalau takde content sangat nak buat, approach leww mana² doktor ka, peguam macam aku ka, panggil buat sharing yang berilmiah sikit.
Ni hangpa panggil orang tah hapa² ni nak jadi macam Melodi ka? ?? pic.twitter.com/mkdW2mMjXN
— ~Muhammad Syarafi~ ™? (@RafiCounsel) March 14, 2022
Melihat dari ciapan tersebut, posting yang dibuat oleh salah seorang pendakwah bebas di Malaysia ini bergambar bersama hos serta Kak Long 7E itu.
Namun, difahamkan ciapan itu telah dipadam serta disembunyikan oleh pemilik akaun biarpun belum 24 jam hantaran itu dikongsikan dalam laman media sosialnya.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen sememangnya mempersoalkan tindakan stesen TV terbabit menjemput Kak Long 7E kerana bagi mereka ramai lagi orang-orang berilmiah yang boleh dijadikan sebagai tetamu program mereka.
Sedar akan kecaman yang diterima, pihak stesen TV Islamik itu telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara episod terbabit.
Untuk tambah kenyataan, pihak TV tersebut turut mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diterima dari orang ramai dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan yang lebih berilmiah.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.