Hidup di negara asing untuk jangka masa yang lama ini seolah-olah memulakan sesuatu pengembaraan yang bakal mengubah segala-galanya. Seseorang akan sentiasa mengalami pengalaman baru tentang dunia dan diri sendiri. Itulah perjalanan hidup Tham Mao Shen, 28, seorang warga Malaysia yang sudah menetap di Jepun sejak 2014. Lahir dan membesar di Alor Setar, Kedah, Tham berkongsi cerita tentang dirinya di sana.
Pindah kerana mencari wang
Menurut Tham apabila ditanya mengapa ingin berpindah ke Jepun, dirinya berkata “sejujurnya, ia kerana duit,”. Meskipun stabiliti merupakan faktor utama, namun Tham mendedahkan, berjalannya waktu, alasan dirinya berpindah semakin berubah. “Sekarang semuanya kerana keselesaan,” katanya.
Menariknya, Tham pindah ke Jepun ketika umurnya baru 17 tahun, satu langkah berani yang bakal merubah masa depannya secara mendalam. Mengimbau pada masa lalunya, Tham menyifatkan hidupnya penuh dengan rutin sama iaitu membuat persediaan untuk peperiksaan seperti PMR dan SPM.
Namun, perpindahan dirinya ke Jepun telah membuka pintu baru untuk pengalaman dan peluang yang memberi kesedaran kepadanya bahawa dia mempunyai kefaham yang mendalam tentang negara Jepun dari negaranya sendiri.
Semua terlihat baru dan menarik, dari keindahan bandar ke perubahan musim, musim sejuk yang meninggalkan rasa yang tidak dapat diungkapkan serta kesejukkan yang mencecah 5 hingga 10 darjah Celsius.
Satu aspek yang menarik buat sya adalah kebersihan yang dijaga oleh masyarakat Jepun, sesuatu yang kontras dengan kebiasaan di Malaysia.
Tidur adalah untuk yang lemah
Bagi perjalanan pengajiannya, Tham menceritakan semula selepas dirinya selesai SPM, dia ke Jepun bersama sekumpulan warga Malaysia atas tujuan mempelajari bahasa Jepun di sekolah lokal selama setahun.
Untuk masuk ke univerisiti di Jepun, pelajar perlu menyelesaikan 12 tahun pembelajaran formal, sementara di Malaysia, hanya memerlukan 6 tahun termasuk sekolah rendah dan sekolah menangah.
Oleh itu, tempoh setahun itu amat penting bagi Tham untuk memenuhi syarat pengajian di Tokyo.
Ketika itu, dia terpaksa menduduki dua ujian: Japanese Language Proficiency Test (JLPT) dan Examination for Japanese University Admission for International Students (EJU), dimana ia sama seperti ujian SPM untuk warga asing.
Selesai itu, dia telah membuat permohonan universiti dan diterima di Univeristi Niigata. Hal tersebut menyebabakan dirinya berpindah dari Tokyo ke Niigata, dari bandar ke desa.
Moto saya ketika menjalani pengajian adalah “Tidur adalah untuk yang lemah, kau tidur bila kau mati”. Tetapi, pandangan saya berubah ketika pengajian Master. Saya bukan menyesal dengan masa, saya menyesal dengan pengajian tersebut.
Walaupun pengajian Master saya tidaklah terlalu susah, ia dipenuhi dengan kajian dan hasil, sesuatu yang memakan banyak kos.
Tersepit antara keluarga dan kerja
Bila ditanya apa yang paling dirindukan semasa dirinya di Jepun, Tham berkata dia rindukan makanan lokal dan paling penting, keluarganya.
Ramai orang tidak sedar bila awak video call dengan ibu bapa kadang kala, awak semakin melihat perubahan pada rambut tua mereka.
Bila di tanah air, awak selalu menjenguk mereka jadi akan jarang perasan. Namun bila berjauhan, perkara kecil pun awak boleh perasan.
Tham juga berkongsi salah satu cabaran lain adalah mencari pekerjaan yang tidak memerlukan dirinya mengorbankan tidur dan bersosial.
Ketika saya mencari kerja, saya sedar tidak cukup tidur bukanlah kehidupan yang saya mahukan. Ia bertentangan dengan diri saya yang suka berjumpa dengan orang dan bercakap pelbagai bahasa.
Senior saya cadang saya minta kerja sebagai overseas sales dan akhirnya saya dapat kerja itu. Awalnya, saya eksport barangan Jepun ke negara seperti Korea, Taiwan, namun setelah dua tahun, saya rasa tiada perubahan dan cari peluang lain.
Dikecilkan di tempat kerja
Bila ditanya berkenaan pengalaman bekerja sebagai warga asing di Jepun, Tham berkata dirinya sering disalah anggap oleh kerana penampilannya yang hampir sama hingga membuatkan dia seringg dianggap warga Jepun.
Pada awalnya, orang tak anggap saya sebagai warga asing membuatkan saya senang bercampur. Tetapi, setelah mereka tahu latar belakang saya, mereka selalunya akan berubah. Mereka akan bercakap lebih perlahan.
Namun demikian, saya tak anggap hal itu sebagai perkara negatif. Ia boleh jadi berguna kerana saya akan rasa lebih kurang tekanan untuk mencapai ekspetasi mereka.
Pandangan orang lain tak penting
Memandangkan berpindah ke negara asing dan tinggal di sana adalah sesuatu keputusan yang besar, menurut Tham dia telah menerima kebenaran dan galakan daripada ibu bapa sebelum dirinya mengambil keputusan tersebut.
Asalkan ibu bapa saya benarkan keputusansaya, saya lega. Pandangan orang lain tidak penting untuk saya.
Untuk mereka yang ingin berpindah ke Jepun, saya sarankan belajar asas bahasa Jepun selepas menamatkan pengajian agar lebih mudah mendapat peluang di sana.
Tambahnya, hidup disana akan pasti mengalami perbezaan kaum, racism dan perbezaan budaya.
Orang ramai harus tahu akan selalu ada orang tak baik. Paling senang adalah untuk jauhkan diri dari mereka.
Penting juga untuk keluar dari zon selesa dan berjumpa dengan individu dari pelbagai jenis latar belakang daripada hanya berkawan dengan warga Malaysia sahaja.
Dengan itu, awak tidak akan rasa seperti di Malaysia. Sebaliknya, awak akan merasai pengalaman tinggal di negara luar.
Rasa sunyi
Apabila tinggal di negara asing, Tham sudah melalui pelbagai rasa sunyi ketika tinggal dan bekerja di bandar seperti Tokyo.
Jepun boleh merasa sunyi. Ia agak susah untuk cari kawan. Tak kisahlah jika awak orang Jepun ataupun tak, semua orang di Tokyo merasa kesunyian.
Oleh itu, saya cadang awak cari kawan di online melalui platform seperti HelloTalk.
Pada masa yang sama, Tham mengalakkan warga Malaysia untuk menyahut cabaran untuk tinggal di luar negara jika ada kesempatan.