“Paksa Orang Ikut Tekak Kau..” – Orang Melayu ‘Over’ Rakam Orang Lain Yang Tak Boikot, Michael Ang Panas Hati

Hiburan

“Paksa Orang Ikut Tekak Kau..” – Orang Melayu ‘Over’ Rakam Orang Lain Yang Tak Boikot, Michael Ang Panas Hati

Baru-baru ini, penerbit dan pengarah sensasi Michael Ang telah terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila mendapati semakin ramai netizen yang merakam video orang lain kerana tidak boikot kedai makan tertentu.

Oleh kerana isu peperangan yang sedang berlaku di negara Palestin kini, ramai Muslim telah mula untuk memboikot kedai-kedai dan jenama yang menyokong Israel. Kerana itu, Michael bengang disebabkan ada individu yang melampau mengecam orang lain yang masih belum ikut boikot.

Advertisement

Meriah orang-orang buat video pasal kaum Muslim yang masih makan kat restaurant yang si perakam nak boikot.

Stop it la nak tunjuk you all macam ter Palestin sekali. Niat murni kau orang nak berboikot sekarang dah menjadikan kau macam orang Israel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menurut hantaran yang dimuat naik di Instagram, pengarah tersebut kelihatan tidak setuju dengan tindakan sesetengah pihak yang ingin menyalahkan orang yang tak turut boikot tanpa mengkaji selidik terlebih dahulu.

Bagi Michael, kebanyakkan kapsyen di video-video tersebut juga dikira melebih-lebih dan bahasa mereka lebih teruk jika dibandingkan dengan rakyat Israel.

Tambahnya lagi, soal boikot ini bergantung kepada individu yang mempunyai hak sendiri untuk memilih sama ada ingin memboikot atau tidak.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

beto
1 year ago

"Siapa Yang Bahalol Cakap Ni, Kau Duduk Gua Mana?" - Isu Himpunan Solidariti Tak Wajar, Ini Respon Michael Ang & Beto Kusyairy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...