“Siapa Yang Bahalol Cakap Ni, Kau Duduk Gua Mana?” – Isu Himpunan Solidariti Tak Wajar, Ini Respon Michael Ang & Beto Kusyairy

Hiburan

“Siapa Yang Bahalol Cakap Ni, Kau Duduk Gua Mana?” – Isu Himpunan Solidariti Tak Wajar, Ini Respon Michael Ang & Beto Kusyairy

Pada Ahad lalu, telah dilangsungkan sebuah himpunan disertai hampir 30K orang yang menyokong ‘Freedom For Palestine’. Dengan kebenaran polis, himpunan tersebut dilaksanakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan yang dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) and MyCare itu telah meraih perhatian ramai sekaligus menimbulkan beberapa isu. Salah satunya adalah apabila sekumpulan peserta yang membawa sepanduk memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, telah dilabel zionis.

Advertisement

Siapa lah yang bahalol cakap tu? Kau duduk gua mana eh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Tidak berpuas hati dengan isu yang timbul, pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang memuat naik satu hantaran di akaun Instagram, menyuarakan rasa kecewa dan membidas individu yang memanggil peserta zionis.

Di hantaran yang sama, Michael juga merasakan isu laungan takbir yang dipanggil offensive itu juga tidak patut memandangkan majoriti peserta terdiri dari agama Islam.

Jadi nak gesa siapa untuk hentikan genocide?

Bukan itu sahaja, seorang aktor terkenal Malaysia, Beto Kusyairy tidak berdiam diri mendengar isu yang sama. Di laman Twitter, Beto mengatakan jika perkara yang dibuat itu tidak dibenarkan, maka siapakah yang perlu digesa untuk memberi kemenangan kepada rakyat Palestin.

Pada masa yang sama, kebanyakkan warganet merasakan himpunan aman itu dapat menyebarkan kesedaran kepada orang ramai walaupun isu-isu berkenaan telah dibabitkan.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Michael ang palestin
6 months ago

(VIDEO) "Tiap Kali Bukak Mulut Mesti Benda Bodoh Keluar" - Michael Ang Saran Palestin Dan Zionis Duduk Berbincang Elak Perang, Netizen Kecam 'Buta' Sejarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...