“Paksa Buat Loan Sebagai Ganti Rugi Bela Saya..” – Kisah Derita Jadi Anak Angkat Curi Perhatian Ramai

Kehidupan

“Paksa Buat Loan Sebagai Ganti Rugi Bela Saya..” – Kisah Derita Jadi Anak Angkat Curi Perhatian Ramai

Kisah penderitaan seorang individu yang menderita sepanjang bergelar sebagai anak angkat telah mencuri perhatian ramai dan ianya dikongsikan oleh pengacara, Fedtri Yahya di Twitter.

Lihat pada ciapan tersebut, mangsa telah menghantar mesej kepada Fedtri mengatakan dirinya telah diambil sebagai anak angkat kerana ibu angkatnya tidak boleh mengandung.

Advertisement

Namun, tiada kebahagiaan yang dirasai oleh beliau kerana sejak diambil sebagai seorang anak angkat, dirinya sering dipukul hanya kerana bertanya atau tersalah buat sesuatu.

Bukan itu saja, malah ibu angkatnya juga sering memaki hamun ataupun hina dengan kata-kata yang agak kasar seperti berkata mangsa menyusahkan hidupnya saja.

Tambahannya lagi, dia juga dipaksa untuk membuat pinjaman bagi membeli sebuah rumah sebagai ganti rugi wanita itu telah menjaganya sejak kecil.

komen twitter

Meninjau di ruangan komen ciapan terbabit, ramai netizen yang turut simpati atas penderitaan individu tersebut dan mereka juga tidak lupa untuk meninggalkan kata-kata semangat untuk beliau agar sentiasa diberi kekuatan serta memberi cadangan supaya dia mencari kehidupannya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Adik Shila Amzah tak suka kakak dikenenkan dengan Sharnaaz
2 years ago

"Kau Dah Panggil Family Aku Barua!" - Adik Shila Amzah Tak Suka Kakak 'Dikenen' Dengan Sharnaaz?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...