Kisah penderitaan seorang individu yang menderita sepanjang bergelar sebagai anak angkat telah mencuri perhatian ramai dan ianya dikongsikan oleh pengacara, Fedtri Yahya di Twitter.
Lihat pada ciapan tersebut, mangsa telah menghantar mesej kepada Fedtri mengatakan dirinya telah diambil sebagai anak angkat kerana ibu angkatnya tidak boleh mengandung.
Namun, tiada kebahagiaan yang dirasai oleh beliau kerana sejak diambil sebagai seorang anak angkat, dirinya sering dipukul hanya kerana bertanya atau tersalah buat sesuatu.
Hujan pagi ini… pic.twitter.com/MOCOhDxpwn
— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) March 10, 2022
Bukan itu saja, malah ibu angkatnya juga sering memaki hamun ataupun hina dengan kata-kata yang agak kasar seperti berkata mangsa menyusahkan hidupnya saja.
Tambahannya lagi, dia juga dipaksa untuk membuat pinjaman bagi membeli sebuah rumah sebagai ganti rugi wanita itu telah menjaganya sejak kecil.
Meninjau di ruangan komen ciapan terbabit, ramai netizen yang turut simpati atas penderitaan individu tersebut dan mereka juga tidak lupa untuk meninggalkan kata-kata semangat untuk beliau agar sentiasa diberi kekuatan serta memberi cadangan supaya dia mencari kehidupannya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.