Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Warga Malaysia Dipenjara Di Ireland, Dera Remaja Perempuan Secara Seksual

Kehidupan

Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Warga Malaysia Dipenjara Di Ireland, Dera Remaja Perempuan Secara Seksual

Seorang pakar psikiatri warganegara Malaysia dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun enam bulan selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti ‘child grooming’ dan mendera secara seksual seorang remaja perempuan warga Ireland.

Amirul Arif Mohd Yunos, 38, yang beralamat di Hollystown, Dublin 15 bekerja di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin ketika kesalahan itu dilakukan tahun lalu.

Advertisement

Mangsa bukanlah pesakitnya secara rasmi namun ibu bapa remaja terbabit meminta Amirul Arif untuk mengenalinya bagi membantu memantau dan merawatnya yang mengalami kesihatan mental.

lelaki digari tangan

Gambar hiasan

Ketika kejadian gadis berkenaan berumur antara 15 hingga 16 tahun dan kali terakhir berlaku pada September tahun lalu.

Tertuduh mengaku bersalah atas enam pertuduhan termasuklah melakukan perbuatan seksual dengan kanak-kanak bawah 17 tahun, pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu pertuduhan bertemu kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seksual.

 

Mangsa alami trauma yang sangat teruk

Remaja itu kini berusia 17 tahun dan dilaporkan sedang mengalami tekanan mental yang ketara secara berterusan akibat perbuatan Amirul Arif terhadapnya.

Mangsa berkata bahawa penderaan terbabit meninggalkan “trauma yang menyakitkan dan serius” kepadanya. Mangsa turut menyalahkan dirinya kerana merasakan dia sendiri yang ‘memulakan’ penderaan itu dan ‘patut menerimanya’.

Menurut mahkamah, penderaan itu bermula dengan sentuhan tidak wajar sebelum meningkat kepada seks oral. Ia berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kereta, rumah pelaku, rumah mangsa dan di tempat kerjanya.

remaja perempuan murung

Gambar hiasan

Mangsa juga berkata bahawa dia akan “selamanya meragui niat orang yang ingin membantunya dan berkata pelaku telah “merampas sesuatu daripadanya yang tidak akan pernah kembali” malah dia kini juga menjadi takut terhadap lelaki dan kehidupan.

Tambah mangsa, penderaan tersebut memberi kesan “amat menyakitkan” kepada dirinya secara emosi dan psikologi.

Hakim Orla Crowe menyatakan bahawa ini adalah “kes yang sangat serius” dan kenyataan mangsa itu menunjukkan kesan “sangat berat” dan berpanjangan terhadap remaja perempuan itu.

mahkamah di Dublin

Hakim turut menyebut bahawa mahkamah “terkesan” dengan bahagian laporan psikologi yang menyatakan bahawa Amirul Arif sepatutnya memiliki pemahaman yang lebih mendalam mengenai kerosakan yang boleh disebabkan oleh kesalahannya, berdasarkan kepakarannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Caprice kempen lindung mangsa pedofil
3 months ago

Caprice Anjur Kempen Bantu Mangsa Pedofil Di Media Sosial - "Salah Tetap Salah, Yang Sokong Apa Dia Buat, Itu Lagi Bengap"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...