“Pakaian Yang Dipakai Sesuai Dengan Genre” – Dikritik Pakaian Seksi Atas ‘Stage’, Amelina Mohon Maaf

Hiburan

“Pakaian Yang Dipakai Sesuai Dengan Genre” – Dikritik Pakaian Seksi Atas ‘Stage’, Amelina Mohon Maaf

Penyanyi dangdut Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, memohon maaf sekiranya cara pemakaian dia menyakitkan hati mana-mana pihak.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi lagu ‘Memori Daun Pisang’ itu menyatakan dia tidak menyangka bahawa pakaian yang digayakan semasa persembahan di satu acara di Kuantan dianggap sebagai mencolok mata bagi sesetengah pihak.

Advertisement

Saya mohon maaf kepada peminat dan kepada mereka yang mengecam. Baju yang saya pakai itu sebenarnya labuh, ditambah pula, saya kenakan dengan kasut but. Tapi, mungkin sewaktu saya bergerak dan berjoget, ada bahagian yang nampak terdedah.”

Menurutnya juga, setiap pakaian yang dikenakan bersesuaian dengan genre muzik dan sesuai dengan waktu persembahan.

Sebelum ini, Amelina pernah tampil dengan imej yang ‘simple‘ namun masih dikecam kerana dianggap sebagai selekeh.

Amelina juga sempat menitipkan kata-kata nasihat ketika menggunakan media sosial kerana segalanya tersebar dengan mudah.

Zaman sekarang kena berhati-hati. Kadang-kadang, bukanlah kita tersalah langkah atau apa sebab kita dah rasa semuanya okay, cumanya, manusia lain akan cuba ‘korek’ dan mencari kesalahan.”

Di samping itu, Amelina berkata dia menggayakan pakaian tersebut kerana ingin tampil dengan penampilan terbaik ketika sedang bekerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

5 bulan lalu

"Doa Agar Mereka Dapat Kembali Bersama"- Azhar Sulaiman Harap Noh Dan Mizz Nina Rujuk Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. anonymous

    August 9, 2022 at 9:43 pm

    bentat LOL

Tinggalkan Komen Anda Di Sini