“Doa Agar Mereka Dapat Kembali Bersama”- Azhar Sulaiman Harap Noh Dan Mizz Nina Rujuk Semula

Hiburan

“Doa Agar Mereka Dapat Kembali Bersama”- Azhar Sulaiman Harap Noh Dan Mizz Nina Rujuk Semula

Perpisahan antara Mizz Nina dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sememangnya mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan peminat.

Walau bagaimanapun, kedua-dua selebriti memuat naik satu entri di Instagram masing-masing mengumumkan bahawa perpisahan mereka adalah dalam keadaan yang baik.

Advertisement

Perpisahan itu turut mendapat perhatian pelakon, Azhar Sulaiman, yang menitipkan doa dan ucapan dalam posting yang dimuat naik di akaun miliknya sendiri.

Selain itu, pelakon itu turut berharap agar Noh Salleh dan Mizz Nina dapat kembali bersama suatu hari nanti.

Perkongsian Azhar Sulaiman juga mendapat perhatian netizen yang turut mengharapkan perkara yang sama bagi kedua-dua selebriti berkenaan.

Sekadar informasi, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 namun sah berpisah setelah 11 tahun bersama.

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

Noh salleh mizz nina
2022-08-04 19:29:51

Mizz Nina, Noh Salleh Didakwa Sudah Bercerai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram