Nama anak gadis Ain Husniza Saiful Nizam memang tidak asing lagi dalam kalangan netizen berikutan pendedahannya mengenai gejala gurauan keterlaluan dan lucah oleh gurunya suatu ketika dahulu.
Selepas kesnya menjadi tular, segala aktiviti dan tindakan Ain Husniza sering diperhatikan dan menjadi bahan bualan netizen.
Terbaru, Ain Husniza seperti remaja lain, ada memuat naik foto terbaru di laman Instagram peribadi miliknya dan tidak menjangkakan respon yang diberikan oleh pengikut media sosialnya itu.
Dalam hantaran tersebut, Ain telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia memakai gaun hitam dan terlihat sedikit dewasa berbanding sewaktu dirinya masih berada di bangku sekolah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Ain yang sudah dewasa serta dia juga sudah tamat pendidikan di peringkat SPM.
Namun begitu, di Instagram Story, Ain mendedahkan bahawa dia turut menerima ugutan rogol selain kecaman setelah memuat naik foto-foto berkenaan.
Dia juga turut menunjukkan tangkap layar ugutan yang diterimanya di Instagram Story.
Ain dilihat telah meluahkan perasaan kesal akibat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah orang di media sosial dan berharap wanita di luar sana sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan sekali pun.