“Pakai Tudung Tak Wajib, Tutup Aurat Wajib” – Fatin Afeefa Ulas Isu Selebriti Buka Tudung

Hiburan

“Pakai Tudung Tak Wajib, Tutup Aurat Wajib” – Fatin Afeefa Ulas Isu Selebriti Buka Tudung

Melalui live TikTok pelakon, Fatin Afeefa baru-baru ini, dia memberitahu pemakaian tudung bukanlah satu kewajipan tetapi menutup aurat dengan sempurna itu yang sepatutnya diutamakan.

Kata Fatin, ada saja perempuan yang memakai tudung tetapi tidak memakai pakaian yang melambangkan seperti muslimah sejati.

Advertisement

Pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat itu wajib. Tak nak pakai tudung, nak pakai baldi nampak muka pun boleh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Dalam pada masa yang sama, Fatin meminta orang ramai untuk tidak bercakap buruk mengenai artis wanita yang membuat keputusan untuk tidak memakai tudung lagi.

Tidak mengapa untuk nasihat kata Fatin, tetapi tidak perlu sampai menghina sampai rasa diri sendiri baik.

Sebelum ini, pelakon Mawar Rashid memuat naik dua foto dirinya sudah tidak lagi bertudung dan mengakui sudah cuba yang terbaik tetapi gagal.

mawar rashid
2023-10-11 09:16:57

"Dah Cuba Sedaya Upaya Istiqamah Selama Ni.." - Sedar Tak Patut Dicontohi, Mawar Rashid Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak