“Dah Cuba Sedaya Upaya Istiqamah Selama Ni..” – Sedar Tak Patut Dicontohi, Mawar Rashid Mohon Maaf

Hiburan

“Dah Cuba Sedaya Upaya Istiqamah Selama Ni..” – Sedar Tak Patut Dicontohi, Mawar Rashid Mohon Maaf

Semalam, semua platform heboh dengan berita pelakon, Mawar Rashid kembali tidak bertudung selepas tiga tahun berhijrah.

Terbaru, melalui Instagram Story pelakon itu, dia enggan mengulas secara lanjut mengenai isu kembali free-hair kerana sedar itu bukan tindakan yang patut dicontohi ataupun hal baik.

Advertisement

Bagaimanapun, Mawar kekal berusaha untuk perbaiki hubungannya bersama Allah SWT.

mawar rashid

Dalam pada masa yang sama, aktres tersebut turut memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan ataupun membalas mesej individu yang bertanyakan keadaan dirinya sekarang ini.

Tambahannya lagi, dia juga memohon maaf kerana telah mengecewakan banyak pihak kerana gagal untuk istiqamah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sebelum ini, Mawar Rashid memuat naik dua foto di laman Instagram memaparkan dirinya bergambar di hadapan cermin tanpa memakai tudung.

fazley yaakob
7 months ago

"Masalah Tekanan Mental Serius" - Adik Ipar Kembali 'Free Hair', Ini Jawab Fazley Yaakob

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...