Pakai Otak Sebelum Bercakap, Michael Ang Selar Artis Wanita Persoal Warga Emas Perlu Vaksin

Hiburan

Pakai Otak Sebelum Bercakap, Michael Ang Selar Artis Wanita Persoal Warga Emas Perlu Vaksin

Semalam, tular di media sosial apabila pelakon Rita Rudaini tampil mempersoalkan keperluan untuk membawa ibu bapa yang terdiri daripada warga emas untuk mengambil vaksin.

Kenyataan itu ternyata menarik perhatian pengarah terkenal, Michael Ang yang tidak bersetuju sama sekali dengan pernyataan tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Ujar Michael, apa yang dilontarkan Rita hanya menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam dan menyukarkan misi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok wabak tersebut.

BACA: “Islam Yang Aku Belajar Bukan Macam Ni!” Michael Ang Selar Cara Ustaz Bagi Sumbangan

Perkara tersebut diluahkan Michael menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Kau tak nak vaksin kan orang tua you itu hak you. Tapi apa hak you nak persoalkan kita yang nak lindungi orang yang kita sayang! Pakai orak sebelum bercakap..”

Michael Ang juga memberitahu bahawa anak-anak patut menyarankan orang tua mereka untuk mendapaktkan vaksin kerana mereka lebih berisiko tinggi.

Kata pengarah drama Love Elsa ini lagi, artis di Malaysia tidak patut menyebarkan maklumat berkaitan vaksin COVID-19 jika mereka tidak pasti akan kesahihannya.

Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

“Orang dekat luar kata artis ni harapkan muka je tapi tak ada otak, apabila kau tambah macam ni lagi menambahkan kebencian mereka kepada golongan selebriti..” ujarnya lagi.

Terdahulu, Rita Rudaini meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir warga emas seolah dipaksa untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pandangan tersebut telah menerima kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...