Semalam, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘ustaz’ yang tampil memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP.
Namun, apa yang menaikkan darah netizen apabila tindakan ustaz tersebut berceramah dengan cara memperlekehkan dan kasar ketika mengagihkan barang bantuan.
View this post on Instagram
Justeru itu, ramai warga maya tampil memberikan komen dan kecaman kerana merasakan ustaz tersebut melebih-lebih dan tidak bersesuaian dengan imej Islam yang dibawanya.
Perkara tersebut turut menarik perhatian pengarah drama terkenal iaitu Michael Ang yang tampil menzahirkan perasaan terkilannya terhadap situasi tersebut.
View this post on Instagram
“Ini salah dari segenap sudut. Tepuk dan tahniah sebab satu video akan buat orang salah anggap dan benci Islam. Macam ni ke Allah ajar kita? Nak derma tu derma aje la, tak perlu la nak malukan dan buat macam tu..”
Kata Michael, dia merasa sedih kerana seseorang tidak perlu memalukan orang lain sebaliknya beri sumbangan dengan perasaan ikhlas.
Malah, dia berkata Islam yang dipelajarinya tidak mendorong perlakuan sebegitu kerana merendahkan maruah orang lain.
“Islam yang aku belajar bukan macam ni!” tulisnya kesal.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pengarah drama Love Elsa menyokong dan ada yang berasa malu kerana saudara baru seperti Michael terpaksa melihat perkara seperti itu.
tecit
July 6, 2021 at 9:38 am
kalau aku aku dah blah dr situ.
Anonymousjugak
July 5, 2021 at 3:34 pm
Memalukan lah…nak kasi2 derma je lah, tak usahlah pertingkaikan…tak pernah dgr Ustaz Ebit tanya camni sedangkan dah banyak dia memberi…malu baik2 nak pahala jadi dosa
Nani
July 5, 2021 at 11:19 am
“Jangan bagi nasihat/ceramah kalau tak diminta. Kerana apa? Takut menjadi RacuN pada yang menerima. Fikir2kan lah..sebab terlalu ramai manusia yang suka memberi ceramah/nasihat free2 sehingga panjang macam buku teks. Contoh: tengok kat Facebook, kemain… Reality, hati manusia bukan senang diasak(dipaksa) sebegitu.