Pakai Baju Sama Putih Dengan Pengantin, Gadis Dilabel ‘Red Flag’ – “Tak Ada Common Sense Ke?”

Kehidupan

Pakai Baju Sama Putih Dengan Pengantin, Gadis Dilabel ‘Red Flag’ – “Tak Ada Common Sense Ke?”

Baru-baru ini, tular di laman TikTok mengenai sebuah video memaparkan seorang gadis di sebuah majlis pernikahan telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, gadis dikenali sebagai Nadzeera Sari itu dilihat memakai baju seba putih seakan-akan sama seperti pengantin yang juga merupakan sepupunya.

Advertisement

Malah, Nadzeera turut duduk berdekatan dengan pengantin membuatkan dirinya sama menonjol dengan pengantin perempuan.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai kerana menganggap gadis itu tidak mempunyai ‘common sense’ kerana memilih tema warna baju yang sama dengan pasangan mempelai.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut mempersoalkan tindakan Nadzeera yang duduk berdekatan pengantin lebih-lebih lagi apabila mengetahui dia memakai baju yang sama.

Tampil memberi penjelasan, Nadzeera berkata dia langsung tidak berniat untuk merosakkan majlis sebaliknya memang tidak mengetahui mengenai tema warna baju pengantin.

Malah, wanita berusia 26 tahun itu turut enggan menyertai majlis sejurus mengetahui tentang perkara itu namun disuruh menemankan pengantin perempuan memandangkan bajunya sedondon dengan tema pengantin.

Mak pengantin kata tak apa baju sama. Mak pengantin yang suruh saya teman pengantin kat belakang sebab tu saya duduk dekat pengantin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Ramai Tak Tahu Bezakan Konten & Realiti" - Dikecam 'Jual' Muka Demi Makanan Percuma, 'Influencer' Tak Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...