Baru-baru ini telah berlangsung konsert sulung Saujana di Zepp, Kuala Lumpur bersempena dengan 25 tahun kumpulan nasyid itu ditubuhkan.
Ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk hadir dan bersama-sama meraikan kumpulan itu yang pernah popular dengan lagu Sepohon Kayu suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, bekas vokalis Saujana, Dr Idzu Baharin berkata dia terbuka sekiranya dikecam dan dikritik masyarakat gara-gara menggayakan fesyen yang tidak melambangkan imej penyanyi nasyid.
Dia yang lebih dikenali sebagai Tokzu dalam kalangan pengikutnya itu telah tampil memakai busana berwarna hitam dan beropol di bahagian lengan ketika membuat persembahan di konsert itu.
Saya terbuka dengan kecaman dan kritikan yang mana masyarakat kita masih lagi cuba membiasakan diri dengan bentuk fesyen sebegini bagi irama nasyid.”
Tambahnya, ia merupakan cabang seni dan percaya dia berdakwah menerusi fesyen kerana siapa tahu, mungkin ramai tertarik untuk mendengar nasyid disebabkannya.
Jelas Idzu, setiap manusia dikurniakan karakter yang berbeza dan dia sedia dikecam kerana fesyen tersebut.
Katanya, ketika dalam cubaan menterjemah konsep pakaian itu, dia turut selitkan muzik moden agar nasyid tidak hanya dilihat dengan skop yang sama sahaja.
Siapa tahu, mereka yang belum pernah mendengar nasyid atau tidak mendengar nasyid boleh tertarik menerusi fesyen. Lagipun takkan hanya dilihat sama saja seperti 25 tahun dulu kan? Jadi saya sekadar ingin mencuba sesuatu yang baru.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.