“Pak Kazar Tak Datang Dengan Menantu Ke?” – Puteri Sarah Liyana Hadir ABPBH35 Ditemani Datuk Yusof Haslam & Isteri

Hiburan

“Pak Kazar Tak Datang Dengan Menantu Ke?” – Puteri Sarah Liyana Hadir ABPBH35 Ditemani Datuk Yusof Haslam & Isteri

Malam ini, berlangsung Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-35 bertemakan ‘Ekspresi Legasi Seni’ dan ramai selebriti hadir dengan gaya masing-masing.

Antara yang menyerlah pada malam ini adalah Aina Abdul yang dikenali dengan keberaniannya dalam berfesyen dan pada malam kemuncak ini dia telah hadir dengan lori.

Advertisement

Menerusi video di media sosial, Aina Abdul dilihat menggayakan busana berwarna merah dan dibawa ke lokasi acara menggunakan lori kerana busananya yang ‘besar’.

aina abdul naik lori
1 year ago

"Kesian Yang Duduk Belakang Dia" - Baju Terlalu Besar, Aina Abdul Terpaksa Naik Lori Datang ABPBH35

Selain itu, kehadiran Puteri Sarah Liyana juga turut menarik perhatian lensa kamera apabila aktres itu dilihat hadir dengan mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ali.

Anggun menggayakan persalinan berwarna biru laut yang dipenuhi kilauan, terpancar kegembiraan di wajah Sarah ketika di sisi ibu bapa Syamsul Yusof itu.

Menerusi TikTok, ramai warganet yang memberi respon tentang itu di mana ada yang gembira melihat Sarah dan mentuanya itu masih mempunyai hubungan yang baik.

Dalam pada itu, sesetengah individu sempat memerli isteri Syamsul, Ira dan bapanya yang juga pelakon dikenali, Kazar Saisi.

Pak Kazar tak datang dengan menantu (Syamsul) ke?”

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...