“Kesian Yang Duduk Belakang Dia” – Baju Terlalu Besar, Aina Abdul Terpaksa Naik Lori Datang ABPBH35

Hiburan

“Kesian Yang Duduk Belakang Dia” – Baju Terlalu Besar, Aina Abdul Terpaksa Naik Lori Datang ABPBH35

Sedia maklum, pada malam ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 atau ABPHB35 berlangsung di Istana Budaya.

Tidak pernah mengecewakan, penyanyi popular Aina Abdul setiap kali hadirkan diri ke mana-mana anugerah, pasti pakaiannya mendapat perhatian netizen kerana lain dari yang lain.

Advertisement

Busana merah yang dipakai oleh penyanyi itu sememangnya sangat unik tetapi hal yang membuatkan netizen ‘tergemam’ apabila Aina menaiki lori ketika hadirkan diri ke lokasi anugerah itu berlangsung.

Bahkan, ada juga netizen yang persoal bagaimana penyanyi itu mahu duduk di kerusi sewaktu ABPBH35 berlangsung, sedangkan waktu berdiri juga kelihatan susah untuk Aina Abdul bergerak.

Sebelum ini, Aina Abdul menjadi sasaran kecaman netizen susulan pakaiannya yang selalu menghalang penonton yang duduk dibelakangnya ketika menjadi juri di program Big Stage.

aina abdul
2023-06-14 12:09:46

"Mak Cakap Tak Payah Pakai Baju Pelik, Makin Lama Orang Benci Jadi Doa" - Aina Abdul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter