“Pagi Ni Tiba-Tiba ‘Baby’ Nak Keluar, Awal Seminggu Dari Tarikh Yang Dijangka” – Aeril Zafrel

Hiburan

“Pagi Ni Tiba-Tiba ‘Baby’ Nak Keluar, Awal Seminggu Dari Tarikh Yang Dijangka” – Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel berdepan detik cemas apabila isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal sudah menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin pada bila-bila masa dari sekarang.

Aeril atau nama sebenar Suhairil bin Sunari memuat naik satu hantaran gambar dalam Instagram miliknya yang menunjukkan isterinya terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kesakitan.

Advertisement

Jelas Aeril, isterinya tiba-tiba mengalami tanda-tanda seperti hendak bersalin pada awal pagi tadi. Dia turut meminta pengikutnya sama-sama mendoakan kesejahteraan isteri.

Pagi ini tIba-tiba bayi nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang diberikan. Doakan semuanya selamat.

Melihat dalam ruangan komen, ramai pengikut yang turut mendoakan supaya urusan Wawa untuk bersalin anak keempatnya itu dipermudahkan.

“Ya Allah, mudahkanlah urusan Wawa dan bayi. Kurangkan sakit ketika melahirkan Ya Allah. Selamatkanlah kedua-duanya. Amin,” tulis seorang pengikut.

Terdahulu, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin mengesahkan kehamilan anak keempatnya yang ketika itu sudah memasuki bulan keenam.

Wawa dan Aeril
2 years ago

Aeril Zafrel Sempat Bawa Wawa Ke Langkawi, Peminat Teka Dapat Baby Boy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...