Aeril Zafrel Sempat Bawa Wawa Ke Langkawi, Peminat Teka Dapat Baby Boy

Hiburan

Aeril Zafrel Sempat Bawa Wawa Ke Langkawi, Peminat Teka Dapat Baby Boy

Pasangan selebriti pujaan ramai, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal khabarnya ada berkunjung ke pulau Langkawi untuk bercuti bersama ejen-ejen jualan produk mereka yang bertuah.

wawa zainal mengandung
10 bulan lalu

(TAHNIAH) Hamil 6 Bulan, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bakal Timang Anak Ke-4

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Aeril menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam hantaran tersebut, Aeril dan Wawa bersama ejen-ejennya sedondon mengenakan baju berwarna biru lembut bergambar di kawasan sekitar Langkawi.

“Bawa bercuti dulu. Sebelum berpantang. Cuba teka lelaki ke perempuan?” tulis pelakon filem Sabda Kekasih ini ringkas di ruangan kapsyen.

Wawa yang kini sarat hamil di usia kandungan lapan bulan ternyata telah mencuri perhatian peminat di luar sana apabila ada yang mula meneka jantina anak ke-4 mereka ini.

Ramai yang meninggalkan komen bahawa Wawa hamil anak lelaki kerana berpakaian biru sedondon bersama suami selain kerana wajahnya yang semakin berseri.

Advertisement

Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengumumkan bahawa dia mengandung ke-4 setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama Aeril Zafrel.

Pasangan ini juga dikurniakan tiga orang anak sebelum ini iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. cd

    October 7, 2021 at 9:25 am

    peknen pun lawo dia ni
    xde sembab2 mcm aku

Loading...