Sebelum ini, pernah kecoh dengan kontroversi membabitkan Pencetus Ummah Abu yang telah menikahi seorang janda tanpa pengetahuan isteri pertamanya sehingga mengundang pelbagai kritikan netizen.
Terbaru, juara bagi rancangan dakwah Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad pula mengumumkan dia sudah bernikah kali kedua dengan seorang janda anak lapan. Mereka diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah.
Tidak dinafikan, ramai sungguh memuji Da’i Farhan yang sanggup membela nasib ibu tunggal.
Bagaimanapun, ada individu yang dipercayai kawan kepada isteri pertamanya mendedahkan Da’i Farhan sebenarnya kahwin secara senyap, tanpa pengetahuan isteri pertamanya yang kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Individu itu kesal dengan sikap Da’i Farhan yang seolah berdolak daIih dan seperti menggunakan agama untuk kepentingan diri.
Nikah janda secara senyap, isteri
pertama tidak redha
Belakangkan keluarga
Kami tidak pasti kesahihan disebalik dakwaan tersebut yang sudah viral, namun kami harap pihak Da’i Farhan dapat memberikan penjelasan lanjut agar tiada lagi sebarang spekulasi liar timbul.
Pejam celik pejam celik, semalam telah pun berlangsung konsert GegarVaganza musim ke 6 (GV6) untuk minggu ketujuh. Fuh!!! Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang merupakan penonton setia GV6. Secara jujurnya, tahun ini memang penangan GV6 lain macam sikit. Lagi best, lagi padu dan lagi pedas macam CILI PADI.
Minggu lepas, Abang Nara sempat menemuramah para peserta GV6 secara ringkas untuk mengetahui perasaan dan pengalaman mereka sepanjang berada di dalam program ini. Jadi khas untuk anda semua, Abang Nara kongsikan beberapa fakta menarik tentang GV6 yang pasti membuatkan anda lebih teruja.
1. Naqiu jadi pilihan untuk bergelar JUARA
Salah satu soalan wajib yang Abang Nara tanya kepada kesemua peserta GV6 ialah “siapakah peserta yang paling memberikan saingan sengit kepada anda?”. Rata-rata kesemuanya memberikan jawapan yang sama iaitu Naqiu. Fuh!! Ternyata kehebatan nyanyian Naqiu bukan sahaja diakui oleh para penonton, malah oleh para peserta GV6 sendiri. Adakah ini bermakna Naqiu adalah calon pilihan untuk bergelar juara GV6? Sama-sama kita nantikan sehingga konsert akhir kelak.
2. Sham Visa akui terima mesej “isteri” orang
Wajah kacak Sham Visa sehingga digelar “Tony Stark” Malaysia sememangnya membuatkan ramai wanita yang jatuh cinta dengannya. Apabila ditanya tentang kebenaran gosip dirinya menerima mesej daripada isteri orang, Sham Visa mengakui desas-desus tersebut.
Tetapi bukanlah mesej ajak bercinta, mengorat atau nak ajak melakukan skandal, sebaliknya ia adalah mesej yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan agar Sham Visa terus kekal berjuang di dalam GV6. Dah jadi isteri pun tak salah untuk minat Sham Visa kan?
Ha buat para peminat yang risaukan aktiviti artis kegemaran mereka selepas tamatnya GV6, anda tak perlu risau lagi. Ini kerana apabila ditanya tentang perancangan mereka selepas tamatnya program ini, rata-rata menjawab mereka bakal mengeluarkan “single” terbaru untuk melepaskan rindu para peminat. Salah seorang peserta iaitu Roy pula mempunyai perancangan untuk memuatkan kesemua lagu yang pernah didendangkan di GV6 secara versi penuh di dalam satu album. Senang cakap, masing-masing dah ada plan untuk masa depan untuk memastikan nama mereka terus kekal relevan selepas tamatnya GV6.
4. Pengikut Instagram meningkat beratus ribu
Penangan GV6 untuk para peserta yang bertanding memang lain macam. Salah satu yang boleh dijadikan kayu ukuran ialah jumlah pengikut di Instagram. Contoh terbaik ialah Naqiu yang hanya mempunyai jumlah pengikut kurang 20,000 orang sebelum bermulanya GV6. Sekarang ini dah 173,000 orang dah. Selain itu, Sham Visa juga menunjukkan peningkatan yang mendadak iaitu daripada 2,300 pengikut kepada 94,2000 pengikut sekarang. Gila tak gilalah kuasa GV6 ini. Memang lain macam!!!
Pertama kali dalam sejarah penganjuran GegarVaganza, semalam telah diumumkan bahawa pertandingan ini bakal dipanjangkan sehingga 22 Disember kelak. Ini bermakna kesemua para peserta GV6 yang masih kekal akan bertarung selama 11 minggu. Fuh!!! Kalau tak silap, pihak penganjur membuat keputusan ini kerana sambutan yang diterima untuk GV6 terlalu hangat. Ramai yang enggan GV6 tamat terlalu cepat, jadi terpaksalah ia dipanjangkan. Sudah tentu ini adalah satu berita gembira untuk para penonton GV6 kerana dapat melihat persembahan artis kegemaran mereka lebih lama lagi. Tak gitu?
Jadi siapakah yang anda rasa akan bergelar juara GV6? Dan apa pula pandangan anda tentang GV6 tahun ini? Adakah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Tindakan selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memuat naik foto menutup mata sebelah kirinya mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen kurang senang dengan perkongsian Heliza itu dan menuduh dirinya meniru artis Illuminati.
Sokong Illuminati dan Dajjal
Tutup sebelah mata sebenarnya tanda
solidariti
Ramai yang salah faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Heliza. Sebenarnya, simbol menutup sebelah mata itu adalah tanda solidariti terhadap Muath Amarneh iaitu seorang jurugambar bebas Palestin yang telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak oleh tentera Israel.
Kejadian itu turut menarik perhatian media antarabangsa dimana wartawan dari seluruh dunia menyatakan solidariti dengan memakai penutup mata. Bukan itu sahaja, kempen menggunakan hastag ‘MuathEye’ dan ‘EyeofTruth’ turut menjadi trend di media sosial.
Heliza merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
Harapnya dengan sedikit infomarsi yang kami berikan ini, tiada lagi pihak yang akan salah faham dengan Heliza.
Ya, kami tahu kenapa hal anggur pun hendak jadi isu tetapi kalau berkaitan pelakon Ruhainies dan kekasihnya Mr E, pasti ia akan mendapat perhatian ramai.
Sebelum ini, Ruhainies mahu kurang bercerita mengenai kisah peribadi terutama sekali bab percintaannya, namun baru-baru ini dia memuat naik pula video meluahkan rasa “geram” apabila kekasihnya membelikan buah anggur.
Memang bertuah betul pelakon wanita ini, buah anggur yang dibelikan bukan biasa-biasa, mencecah harga sehingga RM148. Wow!
Anggur Mahal RM148
Walaupun harga anggur itu mahal, Ruhainies berkata rasanya tidaklah begitu istimewa ataupun sedap, sama seperti anggur biasa sahaja yang boleh didapatkan di pasar malam.
Netizen kecam Ruhainies sengaja
ingin menunjuk
Rata-rata netizen menganggap Ruhainies sengaja ingin meraih publisiti murahan dan menunjuk kekayaan kekasihnya.
Ok la tu Ruhainies, bukan senang hendak merasa anggur import yang mahal dengan rasa lebih premium. Bertuah dimanjakan oleh cinta hati.