Paduan Teknologi & Fesyen, Ini 5 Info Smartphone Paling Ringan Dalam Sejarah Xiaomi

Branded

Paduan Teknologi & Fesyen, Ini 5 Info Smartphone Paling Ringan Dalam Sejarah Xiaomi

Apa yang berlaku bila dua unsur bergabung menjadi satu? Sudah pastinya keindahan dari dua dunia disatukan! Begitulah perlambangan untuk kerjasama antara Xiaomi dan Swarovski. Untuk kolaborasi ini, Xiaomi menghasilkan kotak eksklusif edisi terhad yang sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang.

Apa yang ada dalam kotak edisi terhad?

Xiaomi 11 Lite 5G

Selain warna yang sinonim dengan Xiaomi, Snowflake White itu, model ini juga boleh didapati dalam Truffle Black, Bubblegum Blue dan Peach Pink. Memadukan dua jenama dalam satu, fesyen dan gaya dikombinasikan dengan bersahaja menghasilkan kotak edisi terhad ini.

Sebaik sahaja kotak edisi terhad ini dibuka, pengguna akan menerima kejutan penuh elegan smartphone yang dipadankan bersama rantai angsa identiti Swarovski yang ikonik. Kotak ini akan menjadi hadiah sempurna bagi mereka yang mementingkan gaya.

Cipta versi terbaik diri anda

Merentas dua bidang berbeza teknologi dan fesyen, Xiaomi bermatlamat tidak hanya menjadi pilihan tech-savvy malahan lebih lagi. Kolaborasi ini mempunyai visi mencipta versi terbaik diri anda dengan gaya unik tersendiri. 

Walau apa pun rintangan atau cakap-cakap orang, semua itu tidak boleh menghentikan kita menjadi siapa yang kita mahu. Smartphone hari ini bukan sekadar alat komunikasi, malahan mewakili diri kita sebagai aksesori pelengkap gaya yang penting dalam hidup seharian.

Model paling ringan dalam sejarah Xiaomi

Xiaomi 11 Lite 5G

Setiap orang ada stail unik tersendiri. Stail menjadi cara untuk mengekspresikan diri tanpa perlu berkata-kata. Untuk kerjasama ini, Xiaomi bekerja keras mencipta sesuatu yang unik untuk pengguna mereka. Maka terhasillah Xiaomi 11 Lite 5G NE (New Edition). 

Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah model inovatif gabungan ciri flagship dengan rekaan mengagumkan. Mana taknya, model ini menjadi smartphone paling ringan dalam sejarah Xiaomi, hanya 158 gram!

Ringan, sleek dan rekaan elegan model ini menjadikannya memenuhi falsafah Swarovski sebagai jenama terkemuka. Antara warna Xiaomi 11 Lite 5G NE ditawarkan adalah Snowflake White yang menawan. Kemilau seakan batu kristal pada warna ini menyerupai aksesori Swarovski, menyinari hidup semua.

Keistimewaan Xiaomi 11 Lite 5G NE

Xiaomi 11 Lite 5G

Xiaomi 11 Lite 5G NE bukan hanya sekadar gaya, malahan lebih lagi ditawarkan dalam satu smartphone. Ianya direka dengan skrin AMOLED 6.55 inci dan Corning Gorilla Glass untuk anda nikmati visual yang lebih besar, puas serta tahan lasak.

Dengan Dolby Vision menyokong 10-bit kedalaman warna menghasilkan paparan lebih warna-warni untuk pengalaman visual mengasyikkan. Kadar segar semula 90Hz pula memastikan penggunaan lancar tanpa gangguan.

Senipis 6.81mm iaitu smartphone paling nipis direka Xiaomi setakat ini selain berat 158g untuk genggaman selesa dengan penggunaan panjang. 

Apabila sudah bergaya, tidak lengkap tanpa mengabadikan kenangan dengan foto dan video kan? Model ini mempunyai 3 kamera belakang:

-64MP Main Camera, f/1,79, 6P lens 

-8MP Ultra-wide angle camera, 119 degree FOV (field of view) 

-5MP Telemacro camera, 3-7cm autofocus 

Model ini juga menyokong mod malam dan ultra-wide angle bagi memberi kebebasan berkarya. Qualcomm® Snapdragon™ 778G menjanjikan kepantasan walau apa cabaran mendatang. Pengguna model Xiaomi ini juga akan mendapat manfaat kelajuan 5G apabila liputan 5G boleh didapati di sini.

Cepat, sementara stok masih ada!

Xiaomi 11 Lite 5G NE

Model Xiaomi 11 Lite 5G NE ini didatangkan dengan kotak edisi terhad berharga dari RM1,399 ke atas untuk waktu terhad. Stok adalah terhad, dapatkan kotak edisi terhad Xiaomi Swarovski ini di Xiaomi Store terpilih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...