Hadir Dengan Teknologi Premium, Xiaomi 11T Pro Kini Berada Di Pasaran

Teknologi

Hadir Dengan Teknologi Premium, Xiaomi 11T Pro Kini Berada Di Pasaran

Menurut laporan Monthly Market Pulse Service oleh Counterpoint Research sebelum ini, Xiaomi kini muncul sebagai jenama telefon pintar nombor satu di dunia buat julung kalinya. Pengeluar telefon pintar dari China tersebut sudah mengatasi jenama terkemuka Samsung dan Apple pada jun 2021.

Jualan Xiaomi telah berkembang 26 peratus bagi bulan ke bulan pada Jun 2021 dan sekaligus menjadikannya sebagai jenama paling pantas berkembang pada bulan berkenaan.

Advertisement

3 years ago

Xiaomi Sanggup Bayar RM1.24 Juta Untuk Logo Baharu Sentuhan Kenya Hara

Selain itu, Xiaomi juga adalah jenama nombor dua di peringkat global untuk suku kedua 2021 dari segi jualan dan secara keseluruhan telah menjual hampir 800 juta telefon pintar sejak diperkenalkan pada tahun 2011.

Sejak kemerosotan Huawei, Xiaomi telah melakukan usaha yang konsisten dan agresif untuk memenuhi jurang yang berpunca daripada kemerosotan itu.

Peranti terkini Xiaomi tambah keasyikan pengguna untuk mendengar muzik

Menurut KOSMO, Xiaomi kini mempertaruhkan peranti premium mereka di pasaran iaitu model Xiaomi 11T Pro selepas menjadi antara syarikat pengeluar telefon pintar yang pantas berkembang.

Peranti tersebut dikatakan merupakan telefon pintar pertama yang dilancarkan secara global dengan dilengkapi teknologi Xiaomi HyperCharge 120W yang membolehkan pengguna mengecas 100 peratus hanya dalam tempoh 17 minit.

Pensijilan Sistem Pengecasan Cepat Selamat TUV Rheinland juga telah diberikan kepada teknologi itu selain kapasiti bateri untuk peranti tersebut adalah 5,000 mAh dan mampu memberikan penggunaan yang lebih lama.

Lebih mengagumkan, peranti tersebut juga disertakan dengan sistem pemantauan suhu masa nyata untuk memastikan ia selamat digunakan pada setiap masa.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 yang mampu menyokong sejumlah besar ciri-ciri kecerdasan buatan (AI).

Xiaomi 11T Pro

Xiaomi 11T Pro – Sumber Google

Bukan itu sahaja, peranti tersebut juga hadir dengan skrin 6.67 inci FHD+ daripada panel AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta kualiti kamera pada peranti boleh dikatakan cukup memuaskan.

Ini adalah kerana, ia menampilkan tiga kamera dengan sensor 108+8+5 Megapixel bagi sudut lebar, sudut ultra lebar dan telemakro sementara 16 Megapixel untuk kamera hadapannya. Peranti ini didatangkan dengan dua pilihan variasi RAM dan setoran iaitu 8GB+256GB dan 12GB+256GB.

Bagi pendapat penulis, peranti ini sangat sesuai digunakan oleh pengguna yang gemar mendengar lagu atau menonton video melalui telefon pintar kerana ia juga dilengkapi dengan audio yang mengasyikkan daripada Dolby Atmos serta dua pembesar suara Harman Kardon.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...