Xiaomi Sanggup Bayar RM1.24 Juta Untuk Logo Baharu Sentuhan Kenya Hara

Teknologi

Xiaomi Sanggup Bayar RM1.24 Juta Untuk Logo Baharu Sentuhan Kenya Hara

Logo sesebuah syarikat amat memainkan peranan bagi memastikan pelanggan dapat mengenali dan ingat syarikat serta produk yang kita keluarkan. Sehinggakan ada yang sanggup habiskan puluhan ribu ringgit untuk membuat sebuah logo.

Tapi Xiaomi memang lain macam bila mereka maklumkan telah belanja RM1.24 juta untuk hasilkan logo yang baharu. Wow!

Advertisement

Apapun, logo baharu Xiaomi ini telah membuatkan orang ramai kecewa kerana ia terlihat sama seperti logo yang lama. Ini kerana ia hanya membuang bahagian bucu logo lama dan menjadikan logo baru lebih membulat. Itu je perubahannya.

This image has an empty alt attribute; its file name is ohmedia-logo-xiaomi-1000x563.jpg

Logo ini telah mendapat sentuhan pakar yang cukup popular iaitu Kenya Hara dan beliau telah mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan logo terbabit. Itu menjadikan kos keseluruhan yang perlu dibayar Xiaomi adalah sebanyak $300,000 atau RM1.24 juta.

This image has an empty alt attribute; its file name is ??-1024x439-1-1000x429.jpeg

Advertisement

Mesti korang tertanya-tanya apa yang menjadikan logo ini bernilai RM1.24 juta?

Logo yang dinamakan sebagai ‘Alive’ dikatakan menggunakan konsep matematik dan superelipse yang tersangat unik. Xiaomi juga merasakan logo baharu ini telah memberi semangat buat mereka untuk terus bersaing dalam pasaran dan menghasilkan teknologi yang inovatif.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...