Padah Kejar ‘Boyfriend’ Curang, Ibu & Anak Kemalangan Rempuh Kereta Di Lampu Isyarat

Berita

Padah Kejar ‘Boyfriend’ Curang, Ibu & Anak Kemalangan Rempuh Kereta Di Lampu Isyarat

Terbaharu, tular satu video yang memaparkan kemalangan melibatkan ibu serta anaknya yang telah merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sempadan, Parit Buntar.

Memetik laporan dari Astro Awani, kejadian didakwa berlaku apabila sebuah motosikal meluru laju melanggar lampu isyarat merah dipercayai sedang mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki teman lelaki bersama wanita lain.

Advertisement

Dilihat dari rakaman dashcam kereta yang dilanggar, motosikal terbabit telah melanggar bahagian tepi kenderaan itu hingga mengakibatkan penunggang jatuh dan pembonceng pula terpelanting di bahagian hadapan cermin kereta.

Walau bagaimanapun, difahamkan kedua-dua penunggang selamat dan hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.20 petang pada Ahad lalu dan ianya melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun serta ibunya yang berusia 56 tahun.

komen facebookSumber : Facebook  

Kerana telah tular di platform media sosial, ia telah mengundang pelbagai reaksi dari para warganet yang mengecam penunggang motosikal terbabit kerana ternyata salah dalam hal yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Mira filzah
2 years ago

(TAHNIAH) Dah Nak Masuk Trimester Ketiga, Mira Filzah Hamil Anak Sulung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...