(TAHNIAH) Dah Nak Masuk Trimester Ketiga, Mira Filzah Hamil Anak Sulung

Hiburan

(TAHNIAH) Dah Nak Masuk Trimester Ketiga, Mira Filzah Hamil Anak Sulung

Pelakon dan juga personaliti TV, Mira Filzah baru sahaja mengumumkan sebuah berita gembira apabila mengesahkan bahawa dia kini hamil anak sulung.

Perkara tersebut turut dikongsikan Mira dan suaminya, Wan Emir Astar di sebuah hantaran Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Maklum pelakon drama The Hotel itu, kandungannya akan memasuki trimester ketiga tidak lama sahaja lagi.

Syukur Alhamdullilah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.

Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.

Dalam hantaran yang sama, Wan Emir turut sempat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas doa yang dikirimkan peminat, rakan dan juga ahli keluarga selama ini.

Sekadar info, Mira Filzah dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Pelakon kecil molek itu sebelum ini berjanji akan berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya kepada peminat jika benar-benar sudah bersedia.

Tahniah diucapkan buat Mira Filzah dan suami!

Mira Filzah
2 years ago

Tak Sempat Berbulan Madu Semenjak Kahwin, Mira Filzah Bercuti Sebulan Ke Eropah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...