Padah menghina Islam susulan isu stokin dijual di sebuah kedai serbaneka, seorang lelaki Mualaf di Sabah diserbu oleh sekumpulan individu yang tidak berpuas hati.
Komen jelek
Terdahulu, komen lelaki dikenali sebagai Ricky Shane Ca yang ditulisnya di Facebook telah ditularkan dan ia mengundang rasa marah orang ramai kerana menyentuh sensitiviti masyarakat beragama Islam.
Allah di tapak kaki pun satu isu. Mentaliti sampah.
Komen itu ditulis Ricky pada hari Sabtu di mana dia mengulas tentang isu penjualan stokin yang tertera kalimah Allah SWT di KK Mart yang tular baru-baru ini.
Mohon maaf
Selepas sedar komen ditulisnya itu mengundang kemarahan ramai pihak, Ricky tampil membuat permohonan maaf keesokan hari.
Ujar Ricky sebagai seorang mualaf yang baru dua tahun memeluk agama Islam dia masih perlu belajar banyak lagi perkara berkaitan agama.
Nasi dah jadi bubur
Meskipun sudah meminta maaf namun ia tidak dapat melegakan keadaan atau menghilangkan kemarahan orang ramai terhadapnya.
Susulan itu, sekumpulan orang awam telah menyerbu dan mengepung di bawah bangunan kediaman di Kota Kinabalu tempat Ricky tinggal selama enam jam.
Lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis berdekatan oleh pihak berkuasa yang datang ke lokasi kejadian dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.
Video rakaman ketika kejadian rumahnya dikepung itu tular di media sosial di mana sekumpulan lelaki dilihat berada di pintu keluar di kawasan parkir.
Ko Sabahan nak jadi terpaling harmoni tu urusan korang tapi kalau dah memburukan agama islam tu urusan semua umat islam.
Terima kasih pada yang pergi kepung si Ricky ni. pic.twitter.com/tn3H4IY9xm
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 17, 2024