Isu Johan Raja Lawak dan Ozlyn bercium mulut di ABPBH 2014 masih belum reda lagi. Aksi tersebut dianggap tidak sopan kerana ia disiarkan secara langsung dan turut mempunyai penonton yang terdiri daripada remaja.
Susulan perkara tersebut, Ozlyn pula telah tampil dan memberitahu beliau merasa bangga dengan tindakan spontan suaminya dan menyifatkan perkara tersebut adalah rutin biasa mereka berdua untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.
Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.
Malah, amalan itu juga diamalkan terhadap anak-anak. Di rumah, misalnya kalau saya sedang lipat baju, Johan panggil saya dan dia nak saya cium dia. Malah anak saya yang sudah berusia 10 tahun, kalau dia mahu keluar rumah selepas dia minta izin dan dia akan cium papanya dulu.
Menerima kecaman yang hebat daripada peminat, Ozlyn juga mempersoalkan mengapa masyarakat tidak berani memberikan komen kepada artis lain yang turut mempamerkan kemesraan di anugerah tersebut tanpa sebarang ikatan yang sah.
Saya rasa pada malam itu ramai lagi artis lain yang tiada ikatan sah, berpelukan dan berlaga pipi, kenapa tidak menjadi isu? Itu semua terpulang pada mentaliti masing-masing.
Apa yang kami buat itu bukannya menghairahkan pun. Ia sekejap saja hanya satu dua saat. Saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia.
Persoalan yang bermain di fikiran Ozlyn juga ada betulnya. Kadang-kadang masyarakat suka memberikan komen berlebihan terhadap mereka yang berkahwin tetapi terus senyap seribu bahasa apabila tidak mengkritik kemesraan mereka yang masih belum punya apa-apa ikatan. Keyboard warrior la katakan..
Sumber Berita: Malaysian Digest