Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aksi Johan Cium Mulut Isterinya, Ozlyn Di ABPBH2014 Timbulkan Kontroversi

Setiap kali berlangsung majlis anugerah, pastinya akan ada kontroversi yang menjadi bualan. Kali ini, aksi Johan ketika diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular telah membuatkan para peminat bertelagah kewajarannya. Johan telah pun mencium mulut isterinya, Ozlyn ketika namanya diumumkan sekaligus menyebabkan orang ramai mempertikaikan tindakannya itu. Walaupun hubungan mereka adalah suami isteri, ramai yang beranggapan aksi tersebut tidak wajar dipertontonkan secara live.

aksi johan cium ozlyn

Advertisement

Seperti yang kita ketahui, anugerah sebesar ABPBH ini bukan sahaja ditonton oleh golongan dewasa tetapi turut sama menjadi bahan tontonan kanak-kanak bawah umur. Namun ada juga yang menganggap reaksi spontan itu sebagai ‘sweet’. Iyerlah, ciuman antara suami dan isteri. Bukannya antara pasangan kekasih. Antara reaksi yang ditulis di sosial media ialah:-

aksi johan cium ozlyn
aksi johan cium ozlyn
aksi johan cium ozlyn

Secara jujur, ia memang kurang manis namun kadangkala reaksi spontan bila nama diumumkan sebagai pemenang.Tak sempat nak fikir apa-apa. Orang tersayang pula ada di sisi. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top