“Otak Macam B*ngok” – Tular Gambar Mesra Dengan Lelaki Berusia, Qistina Raisah Dedah Itu Abang Kandung

Hiburan

“Otak Macam B*ngok” – Tular Gambar Mesra Dengan Lelaki Berusia, Qistina Raisah Dedah Itu Abang Kandung

Sebelum ini, tular di laman TikTok mengenai beberapa keping foto memaparkan pelakon remaja, Qistina Raisah bersama seorang lelaki berusia 26 tahun.

Menerusi hantaran tersebut, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat mesra bergambar bersama lelaki berkenaan sambil berpegangan tangan.

Advertisement

Susulan itu, rata-rata netizen telah memberi kritikan terhadap pelakon berusia 14 tahun itu kerana dikatakan sibuk bercinta walaupun masih remaja.

Tidak berdiam diri, Qistina tampil memberi penjelasan bahawa lelaki berusia itu merupakan abang kandungnya.

Kau ni kenapa? Kau nak suruh aku masuk Mahkamah sebab aku ambik gambar dengan abang aku ke? Kau ni tak betul ni.

Jelasnya lagi, dia tidak marah pada netizen namun berang dengan segelintir pihak yang menuduh tanpa menyemak kesahihan mengenai latar belakang lelaki berkenaan terlebih dahulu.

Saya tak marah netizen, saya marah netizen yang b*doh. Korang ni kalau nak jadi netizen, jadi netizen yang bijak sikit.

Dalam pada itu, Qistina meminta netizen untuk menyemak profil lelaki yang dikenali sebagai Henry itu terlebih dahulu sebelum mengecam dirinya.

Kalau korang tengok TikTok Henry dekat bawah-bawah tu dah nampak muka saya  raya dengan dia. Kalau dah raya sama-sama, dah tentulah dia tu abang saya.

@qqistinaraisah

? original sound – QR – QR

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Tular Gambar Mesra Bercinta, Netizen Bandingkan Hidup Dengan Qistina Raisah - "Aku Umur 14 Tahun Tengok Kartun Lagi"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...