Tular Gambar Mesra Bercinta, Netizen Bandingkan Hidup Dengan Qistina Raisah – “Aku Umur 14 Tahun Tengok Kartun Lagi”

Hiburan

Tular Gambar Mesra Bercinta, Netizen Bandingkan Hidup Dengan Qistina Raisah – “Aku Umur 14 Tahun Tengok Kartun Lagi”

Sebelum ini, nama pelakon remaja iaitu Qistina Raisah terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lelaki yang jauh lebih berusia daripada dirinya.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok mengenai beberapa keping foto memaparkan pelakon berusia 14 tahun itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat mesra bergambar bersama lelaki berkenaan sambil berpegangan tangan.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan meraih 2.1M tontonan, 73.5K tanda suka, dan 2.1K komen di laman TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah membuat perbandingan zaman sewaktu mereka berusia 14 tahun dahulu.

Difahamkan, kehidupan mereka berbeza dengan pelakon itu yang dikatakan sibuk bercinta walaupun masih remaja.

Malah, ada juga segelintir warga net yang membandingkan kehidupan anak-anak mereka yang kini berusia 14 tahun seperti Qistina.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Qistina Raisah
2022-11-29 14:56:15

"Bukan Berpeluk, Pegang Tangan Pun.." - Bercinta Dengan Lelaki Berusia, Qistina Raisah Rasa Netizen 'Over'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok