Sebelum ini, tular di laman TikTok mengenai beberapa keping foto memaparkan pelakon remaja, Qistina Raisah bersama seorang lelaki berusia 26 tahun.
Menerusi hantaran tersebut, Qistina atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri dilihat mesra bergambar bersama lelaki berkenaan sambil berpegangan tangan.
Susulan itu, rata-rata netizen telah memberi kritikan terhadap pelakon berusia 14 tahun itu kerana dikatakan sibuk bercinta walaupun masih remaja.
Tidak berdiam diri, Qistina tampil memberi penjelasan bahawa lelaki berusia itu merupakan abang kandungnya.
Kau ni kenapa? Kau nak suruh aku masuk Mahkamah sebab aku ambik gambar dengan abang aku ke? Kau ni tak betul ni.
Jelasnya lagi, dia tidak marah pada netizen namun berang dengan segelintir pihak yang menuduh tanpa menyemak kesahihan mengenai latar belakang lelaki berkenaan terlebih dahulu.
Saya tak marah netizen, saya marah netizen yang b*doh. Korang ni kalau nak jadi netizen, jadi netizen yang bijak sikit.
Dalam pada itu, Qistina meminta netizen untuk menyemak profil lelaki yang dikenali sebagai Henry itu terlebih dahulu sebelum mengecam dirinya.
Kalau korang tengok TikTok Henry dekat bawah-bawah tu dah nampak muka saya raya dengan dia. Kalau dah raya sama-sama, dah tentulah dia tu abang saya.
@qqistinaraisah
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.