Kecoh di media sosial sejak semalam mengenai video daripada seorang individu yang mendedahkan pelakon veteran Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud sering mengamalkan ilmu hitam bagi tujuan sihir.
Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai dakwaan itu terhadap Mak Wan sama ada dia benar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu atau sekadar gimik drama semata-mata.
Individu yang menyebarkan video itu difahamkan merupakan bekas pengurus peribadi aktres itu dan dia turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit serta barang kemas miliknya yang didakwa telah diambil oleh Mak Wan.
Enggan mendiamkan diri, Mak Wan dilihat ada ‘menjawab’ dakwaan bekas pengurus peribadinya itu dengan menitipkan pesanan secara umum.
Dalam satu hantaran berbeza yang kemudiannya dipadam, Mak Wan memaklumkan bahawa dia ingin berehat daripada menggunakan media sosial seperti Live, Instagram, Facebook seperti yang dilakukannya sebelum ini.
…sebab Mak Wan dah tak larat lagi dengan kecaman yang Mak Wan dapat. Fitnah Mak Wan melarikan duit, sihirkan orang, nusyuz pada suami..
Orang tak tahu, orang akan bercakap apa je kan. Insya-Allah bila keadaan dah reda nanti, Mak Wan come back balik ya. Doakan kesihatan Mak Wan, sebab Mak Wan pun tak berapa sihat sekarang.
Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan watak ‘mak-mak’ ini menjadi bahan bualan netizen apabila kisahnya bercerai dengan suami hanya setelah 3 bulan mendirikan rumah tangga.
Bekas suami Mak Wan mendakwa sebagai seorang yang tidak menghormati suami dan mempunyai perilaku yang buruk ketika masih dalam tempoh perkahwinan.