Baru-baru ini bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dituduh lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000 daripada seorang rakannya yang dikenali sebagai Nabil Mat Jahya dan berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.
Tujuan duit itu dipinjam oleh Mawar adalah untuk modal memulakan perniagaan dan mengikut perjanjian bertulis kedua-dua individu, Mawar dikehendaki membayar hutang tersebut secara ansuran atau jumlah penuh dalam masa tujuh bulan bermula dari 7 Jun 2021.
Berikutan tuduhan itu, Mawar tampil menjawab isu tersebut kepada pihak mStar dengan menyatakan bahawa dia merupakan mangsa fitnah individu bergelar ‘S’. Mawar juga berkata bahawa ini bukan kali pertama dia difitnah sedemikian.
Menurut Mawar, individu bergelar ‘S’ itu menimbulkan isu berikut dengan niat memalukannya. “Tak habis-habis lagi ke create cerita fitnah pasal saya”ujarnya kepada individu bergelar ‘S’ tersebut.
Sebelum ini Mawar juga pernah dituduh mempunyai hubungan istimewa dengan ahli politik PAS dan dikatakan Mawar berada dalam kereta semasa melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Perasing, Kemaman, Terengganu.
Namun perkara itu juga disangkal oleh Mawar dan menyatakan perkara itu merupakan fitnah dan dia berada di Kuala Lumpur semasa kejadian itu terjadi.